April 30, 2005
::SANTAU::
Tak dapat nak updet semalam coz bz sangat ngan meeting. Pagi petang ada meeting. Nasib baik la tak sakit lagi, kalau tak haru gak aku semalam.
Plan asal cuti 1 Mei ni nak gi umah along kat KL...dah selalu sangat janji ngan along nak bawak mak gi umah dia tapi ada jek halangan. Kali ni pun tak jadik gak la nampaknya sebab mak tak leh pegi. Adik aku yang form 5 tu, Munira kena santau angin. Kesian kat mak tapi geram kat ira tu. Degil tapi dah nasib dia nak kena. Call along, bagitau tak jadik pegi pasal tu, along pun hangin semacam ngan ira walaupun kesian. Adik yang ni memang tak tau la nak cakap. Aku jarang call dia tapi along kata selalu along spot check call, dia ada kat luar rumah walaupun dah pukul 12 malam!!
Kesian jugak sebab mak citer masa pegi bawak dia berubat, dia muntah keluarkan kaca ngan jarum. Memula dia ngadu badan dia bisa-bisa, pas tu tak leh bangun. Mak bawak berurut, org yg urut tu kata ada 'benda' dalam badan ira. Tu yg mak bawak berubat tu. mak citer lagi, ada lelaki suka kat ira tapi ira tak suka...hmmm...lelaki tu baru 18 tahun, dah pandai guna ilmu hitam....takutnya aku...nasib baik aku tak penah kenal orang-orang macam ni. Buat apalah nak susahkan hidup orang, kalau tak nak tak yah la nak paksa-paksa orang suka. Tak ingat dosa ker dorang ni! cukup-cukup la ngan dosa sedia ada, ntah terampun ntah tidak...wallahua'lam.
Aku tak balik lagi tengok ira sebab dia rajin gak sms aku taim sakit-sakit ni. Boring agaknya kena dok kat umah...yer laa..selalu tak lekat langsung kat umah. Tu yang selalu sms, aku rasa dia ok. kalau teruk sangat, sure la aku dah lama balik dah....
So, petang ni aku balik kg...esok maybe gi shopping baju raya kat tangkak jerk kot....bawak bebudak tu piknik kat air panas sagil, mesti syok sesekali pekena air terjun plak....asik pool jerk manjang.
Hari isnin dah nak pegi rumah
PB plak....huhuuuuu...gementar aku nak jumpa geju-geju ni sumer. Cam ner la ekk nanti, kot-kot aku ni cuma kental kat keyboard jerk tapi kacau bila berdepan..heheheee
entri pada : 10:10 AM
April 28, 2005
::CERITA ORANG SAKIT::
Dah lama aku tak merana sakit gigi, seiingat aku last sekali aku sakit gigi masa form 2 dulu. Pada aku, biar sakit hati putus cinta tak pe...jangan sakit gigi!!
Semalam aku MC sebab tak tahan sangat sakit..memula aku pegi klinik UTM ni, tapi doktor cuma check mana yang rosak pas tu suh aku datang dua minggu lagi untuk rawatan saraf sampai 3 kali baru tampal. Maknanya bulan depan la baru tampal..lagi sebulan aku nak tanggung sakit ni? perghhhh.....
Balik dari klinik UTM, aku singgah bekfes dulu, makan ubat yang doktor bagi tapi ubat tu tak de apa-apa kesanpun malah aku tambah sakit lagi ada. Lepas sejam tak baik gak, aku nekad terus gi klinik Amim sebab dah tak tahan sangat. Aku tanya dulu kat kaunter tu berapa RM nya sebab swasta sure mahal gila babun nyer la..hmmm...memangpun..RM350. Aku terus call abg. Bila abg kata ok, aku terus gi bank kat seberang jalan klinik tu kuarkan RM. Huhuuuuuuu.....RM tu aku nak buat gi KL 1 Mei ni...nak shopping baju raya ......
Kat klinik Amim, doktor terus kerjakan gigi aku ni. Akibat penah terhantuk ngan kepala anak aku setahun dua dulu, gigi aku mmg senget sket tapi aku ingat tak apa-apa...rupanya gigi aku tu dah mati...tu yang sakit tu..so semalam doktor cuma buangkan nanah dalam gigi sebab nanah tu yang buat akupun separuh mati. Minggu depan doktor suh datang untuk pasang skru dan tampal. Buang nanah ni jerk aku kena caj RM60. Minggu depan baru la RM350 tu akan terbang.........
Ubat yang doktor Amim tu bagi kira ok...berkesan...dapatlah aku menghabiskan sehari MC aku gi makan bubur nasi no.1 kat taman sentosa...warung febret aku masa zaman bujang dulu, pas tu gi kipmart, bestmart...macam-macam mart la sebab nak memenuhkan stok kat peti ais tu sementara aku sakit dan cuti memasak..hehehee..
Tapi malam tadi, Naufal plak semput...aku mmg dah tak bleh amik kisah sebab gigi sakit balik. Abg la yang bawak dia gi klinik...tapi sebab Naufal meragam jerk, aku tak boleh tidur...tambah-tambah sakit gigi ni...Pagi tadi, abg bawak dia gi klinik lagi untuk neb.
Kalau ikutkan aku rasa nak MC lagi ari ni tapi aku kena siapkan satu minit meeting untuk esok....maklum laaa...bos aku ni hobi dia suka buat meeting..sehari suntuk pun tak pe...:P
entri pada : 8:47 AM
April 26, 2005
::SAKIT GIGI::
Sakit gigi....ni la padah mengelak masa dentist check ari tu. Nampaknya kena la jugak mengadap dentist untuk dia repair apa yang patut...haduuuuuuuuusss
entri pada : 2:14 PM
April 25, 2005
::EZLYNN::
Nak kata aku minat Ezlynn, rasanya tak jugak tapi aku suka suara dia..lagu-lagu dia semua memang kena ngan suara dia. Aku rasa cam apa yang terbuku dalam hati terluah bila dengar lagu-lagu dia...sekarang aku tengah kemaruk dengar lagu nih. Anak-anak akupun dah paham kalau lagu ni kuar, aku akan kuatkan radio dan dorang akan tolong.....tolong senyap..heheheee..
-SESALANKU-
Mengapa ini semua terjadi
Harus berakhir dengan kesalan
Pedih hati tahu dia takkan kembali
Gelap dunia tanpa dirinya
Dimanakah silapnya
Firasat berbicara
Sesalanku menghempit diriku
Tak lagiku bersamanya selalu
Sesalanku dia telah pergi jauh
mengapaku biar dia berlalu
Wajahnya selalu dimindaku
Bagaikan diseksa setiap kalinya
Teringat nostalgia yang lama
Tersentap jiwa bagaikan bernyawa
Melara tanpanya ku merana
Tidak sanggup lagiku
Melangkah untuk hidup
Apakah mulanyaku
Menghancurkan hatinya
Hilang arah ku buntu
Puas sudah ku cari
Tiadanya ketemui
---------------------
Semalam aku penat sangat, so bila abg kata nak gi servis keter...macam satu hikmah pulak untuk aku...ada chance aku tidur...muahahahaa...aku nak elak keluar ler...aku rasa cam nak dok umah jerk, ujan-ujan plak tu..baru syok nak tidur, ada org bagi salam..
"anak, ada baju-baju lama tak?" sorang mak cik tua dah terduduk depan umah aku.
"err..ada tapi tak kemas lagi" aku blur sebenarnya..
"tak apa, mak cik tunggu" mak cik tu senyum...suka agaknya bila aku cakap ada baju lama.
Sambil kemas-kemas baju dalam setor, aku rasa kesian pulak kat mak cik tu..kenapa aku tak ajak dia masuk hujan-hujan ni, tapi aku teringat pesan emak....jangan suka-suka kasi org masuk rumah..arghhhh...malas la nak pikir.
"mama..mama....atuk tu orang jahat la ma..dia isap rokok kat luar tu" Najwa ngan Nurain datang serentak kat stor.
Aku teringat atuk sedara aku, memang isap rokok...ahhh...org tua-tua dulu...aku keluar, bawak t-shirt lama-lama....aku tak berani nak bagi seluar sebab aku rasa macam tak elok pulak nak bagi seluar terpakai walaupun seluar panjang.
"mak cik mintak ya nak....lupa pulak nak bawak ikan" mak cik tu terus pergi dan aku masih blur...apa kena mengena ikan ngan baju lama? Ooo...baru aku ingat, mak cik tu orang kuala...orang kuala kat johor ni selalu datang ke rumah tukar baju lama ngan ikan kering. (INFO KHAS : kalau org terengganu bangga disebut orang kuala yang menandakan dia asal dari kuala terengganu (bandar la tu) :P tapi di johor, pls jangan mengaku anda orang kuala, tau! ahaks)
Ok, sambung N3 aku....lepas mak cik tu pegi, aku sambung tido tapi cam kejab rasanya aku tido...abg dah balik dan ajak gi Angsana ngan CS...memangpun aku ada cakap nak gi Angsana beli uniform kelas Fardu Ain Najwa...waaaa...malasnyaaaaa...tapi anak-anak merengek ajak pegi gak. Balik dekat kol 12 malam...penatnyaaaaa...
entri pada : 10:19 AM
April 22, 2005
::JELES::
Petang-petang minum dengan kawan-kawan dan ada seorang kawan yang isterinya sebaya :
"saya ngan org rumah sebaya. org kawin sebaya ni makin kuat cemburu kat pasangan masing-masing. kalau gaduh pun kaw-kaw. tapi makin kuat cemburu tu makin sayang, tau."(dalam ati aku, cam sama jerk....)
Ntah cam ner malam tu masa nak gi makan, aku leh terciter kat abg pasal terserempak ngan exbf tu. Memula abg cool sbb dah janji tak mo marah kalau aku citer, tapi bila sampai rumah abg mula moody....hmmm...dah agak dah abg mesti cam tu so biasa la..perang mulut la kejab dan cam biasa, aku ler yg menang....abg mengalah tapi hati aku panas betul sebab abg ungkit-ungkit lagi cerita dulu, kisah yang aku dah buang jauh-jauh dari hidup aku ni.
Esoknya (semalam), Johor kan public holiday tapi abg kena keje sebab kastampun tak tutup. singapore mana cuti...tapi abg tak pegi keje sebab aku tak tegur dia langsung. Abg susah hati nak tinggalkan aku pegi keje dgn keadaan moody cam tu. Puas abg pujuk aku tapi aku cuma nak 'ajar' abg sket..biar cemburu dia tu jangan melampau sangat. Last-last aku kesian pulak sebab hp abg asik bunyik jer....banyak pulak shipment yang perlu abg settlekan semalam. Abg pujuk aku suh ikut dia pi keje..sementara dia gi opis, abg tinggalkan aku ngan anak-anak kat umah adik dia yg dekat ngan opis tu..lepas settle urusan kat opis, abg bawak kami anak-beranak gi kompleks kastam tu settlekan lori-lori. Pas tu singgah kipmart, makan dan jalan-jalan cari barang dapur....
Ayat kakak "hishhhhh...asik gaduh jerk la mama ngan papa nih" :P
_________________________________
::GUNA JARIPUN BOLEH::
Lepas Najwa mandi semalam, papa suh sikat rambut tapi jawapan dia..
"tak payah sikat, guna jari pun boleh"..gelak golek-golek papa....(tu yg buat mama ok kot, ahaks)
Kuar umah jerk, singgah pi bekfes kat restoran..tengah makan, Najwa panjat kat kerusi dan kusut-kusutkan rambut aku...
"Najwa ni apesal hah!"
"Nanti la wawa buat macam iklan tu, guna jaripun boleh..."Aku tension jerk pulak tapi papa yg gelak-gelak lagi...
Pagi tadi, lepas siapkan Najwa..aku suh dia sikat rambut sendiri sementara aku gi dapur buat susu dia. Najwa datang kat dapur ngan rambut cam blom bersikat...
"Apesal tak sikat rambut lagi ni?"
"kan kita pakai rejoice, wawa sikat guna jari la.."Adehhhhhhhhhh......ni la pengaruh iklan tu.
entri pada : 10:14 AM
April 20, 2005
::BF LAMA LER::
Elok jerk aku park keter pagi tadi, aku ditegur oleh seorang seorang yang begitu familiar tapi cam dah berubah gitu. Kalau masa sekolah-sekolah dulu atau paling last dating ngan dia sebelas taun dulu dia teramatlah ensem dan bergaya ala-ala model ler kot dan agak sosial la jugak tapi tadi aku betul-betul terkejut dengan perubahan dia. Dengan kopiah, dahi siap bertanda..memang dia dah berubah, tak macam A yang aku kenal dulu tapi gaya percakapan masih sama cuma aku yang agak ganaz dengan membahsekan diri aku-kau aje..takkan nak cam dulu kot..naya jerk. Rupanya dia tenan baru kat sini, aku plak tak perasan langsung surat offer ruang yang bos aku sign tu atas nama dia, branch manager syarikat tu. Pas ni maybe kerap la aku jumpa dia kot tapi harap-harap tak de la feeling-feeling lagi ekk...hehehee..itu citer lama, beb. Lagipun yang bukan first ni, no hard feeling gitu..ahaks.
Tadi kuar lunch ngan abg, erkss..tiap-tiap hari kan skarang aku lunch ngan abg. Tadi gi jauh sket, gi angsana sebab aku teringin nak makan mee rebus haji wahid. Dalam keter aku diam jer sebab tengah dok pk, nak citer kat abg ker tak pasal jumpa ex boipren dulu..hahahaa..tapi pk punya pk...tak yah laaa...abg skarang sensitif kalau citer bab-bab cam tu. Cemburu makin menjadik-jadik skarang..tapi makin abg kuat cemburu, aku makin cayang la plak kat abg..hehehee
entri pada : 2:44 PM
April 19, 2005
::JIWA KACAU::
Semalam aku betul-betul kacau. Aku ni bukan kisah sangat pasal penilaian prestasi keje, yang penting aku siapkan keje-keje aku on time, tak bertangguh pas tu aku dapat gaji cukup tiap-tiap bulan. Macam tahun lepas pun, kalau tak kerana Dekan sendiri bagitau aku kat parking yang aku dapat anugerah, haram aku tak tau markah aku berapa. Tahun nipun aku tak amik tau langsung, meningkat ker merosot ker cuma semalam aku betul-betul down. Kebetulan ada iklan jawatan tetap so aku try nak apply. Untuk apply jawatan tetap, mestilah nak laporan penilaian prestasi yang baru. Yang buat aku down sesangat bukan sebab markah aku yang turun banyak tapi sebab penilainya.
Aku cukup tak puas hati dan aku cukup terkejut siapa yang menilai aku sebab dia baru 4 bulan bertugas masa dia menilai tu, pas tu aku ni langsung tak penah buat keje ngan dia. Bercakap pun jauh sekali sebab tak ada urusanpun, kalau adapun boleh dikira berapa patah ayat sebab menyampaikan arahan bos aku. Dia sebagai orang atasan pun tak penah panggil aku tanya apa keje aku bla bla bla..tak alih-alih dia nilai markah aku punyalah kedekut. Dah lapan tahun aku keje, inilah markah paling sikit aku dapat. Nasib baik bos aku sendiri cover sket ngan bagi markah yang ok la jugak tapi walau cam nerpun bila dikali bahagi ngan markah yang bos baru tu bagi memang buat aku down abis. Kalau aku tak nak guna laporan tu tak apalah..ni aku nak apply tetap, memang sah tipis harapan aku gara-gara penilai yang tak sepatutnya. Terasa anugerah tahun lepas yang aku dapat tu macam racun pulak..nampak sangat aku memang merosot abis, macamlah aku ni tak buat keje langsung.
Macam terbang melayang-layang mood aku semalam. Aku faham, penilaian orang berbeza tapi kenalah pada tempatnya. Kalau aku ni memang staf yang bertugas memang bawah arahan dia, aku tak kisah dia nak bagi aku kosongpun..ikut pada dia la nak nilai aku cuma masalahnya..dia sendiri maybe tak tau apa yang nak dinilai.
Orang tengok YM aku sentiasa menyala. Bukan aku sentiasa berchatting. Kalau ada keje, keje yang utama mesti disiapkan. Mana lebih baik? kalau tak de keje , duduk berlonggok bersembang sampai bila orang call pun bunyik macam kat pasar atau bila tak de keje, dok diam kat depan pc layan geng chatting. Hello, geng chatting aku bukan tak tentu arah..yang dok chatting menyamar dah kawin kata blom tu nak buat apa..tu chatting bodoh, buang bil buang masa. Walaupun blog aku sentiasa update, check jugaklah output/kuantiti keje aku..surat keluar masuk jabatan termasuk untuk failing pun hari-hari aku update, tau!
(sori aku terpaksa terangkan sket pasal YM ni sebab ada la orang yg tak puas hati tengok aku chatting - jeles la tu aku ramai geng chatting..:P yang terang-terang asik main solitaire atau mahjong tu tak de plak yang komplen ekk)P/S : SAAT-SAAT AKU DOWN CAM NI, AKU RASA BEST PULAK ADA HUSBAND MACAM ABANG YANG SABAR, COOL KAN AKU, PUJUK AKU, BAGI SEMANGAT KAT AKU SAMPAI AKU OK. ORANG-ORANG KAT OPIS PELIK TENGOK MOOD AKU TAK MACAM SEMALAM ARI NI. - 2 HARI NI ABG AJAK AKU PI LUNCH NAIK MOTOR..HEHEHEE..JANGAN JELES, LEH ROMANTIKA D'AMOR JAB TENGAH-TENGAH HOT NI..AHAKS.
entri pada : 2:52 PM
April 18, 2005
::ADA APA DENGAN CUTI..HEHEHEE::
Segar rasanya ari ni..may be sebab cukup tido kot, ahaks. Blog lain mesti tengah hot citer pasal KLD,kan..aku gak yang tak pegi tapi nasib baik gak tak pegi coz aku demam sampai tak leh bangun. Tapi kalau aku gi, mesti aku tak demam sebabnya punca aku demam sampai tak leh bangun hari sabtu tu coz hari jumaat pagi sampai tengahari aku kena berpanas kat pesta konvo tu. Panas sampai rasa nak pitam, nak shopping pun tak de mood tapi sempatlah menyambar sehelai baju dan 3 helai tudung. Nak pi cari lagi apa yang memang nak beli rasa dah tak larat aku nak mengharungi panas kat pesta tu. Tunggu-tunggu
Ady pun tak sampai-sampai.
Hari Sabtu, sememangnya aku tak leh bangun. Pandai pulak anak dara aku pi panggil mak cik tukang urut kat tingkat atas. Mak cik cakap wawa bagitau dia "tok, datang la umah urut mama..mama kita demam sampai tak masak". Adehhh...nasib baik mak cik tu memahami.
Semalam pulak, pepagi adik abg dah call suh tolong dia nak buat besday anak dia. Lepas brunch kat Arena, JJ baru gi umah dia tolong apa yang patut. Kesian pulak, bibik dah kena berhenti gara-gara cuai jaga besday girl sampai masuk wad ari tu termakan ubat jentik-jentik. Tapi tak tolong sangatpun coz kejiranan kat situ memang bagus-bagus walaupun kat area mewah cam tu..ramai gak la yang menolong so akupun ca alif but la cepat..ehhehee..
::ABANG::
Nak citer sket la pasal abg..hehehee..aku happy skarang tengok abg yg makin berubah, tak macam dulu. Abg dah balik macam mula-mula aku kenal dulu. Aku harap semua ni akan kekal selamanya. Terasa bertuah pulak abg masih bersama.
entri pada : 8:20 AM
April 14, 2005
::MERAPU..::
Orang kata kalau tapak tangan kanan gatal nak dapat duit ekk..hehehe..pagi tadi aku dok gatal tapak tangan so dalam ati aku cuma berkata-kata.."saper la nak bagi duit..ada org utang ngan aku ker? kalau abg ler yg bagi sure hari-hari gatal" :P
Aku malas nak gi bekfes awal-awal. Pukul 10, baru nak gerak gi bekfes, adik ipar aku call bagitau dia nak datang opis so kami kuar bekfes sesama. Dah ler dia yang belanja, lepas anto aku balik opis dia hulur aku RM100..perghh..rezeki..hehehe..aku terkejut gaks tanya dia duit apa plak? Dia kata saja nak bagi aku sebab ada rezeki lebih..maklumlah sejak jadik suri rumahtangga sepenuh masa empat bulan ni, rezeki dia bertambah plak..maybe husband dia ada projek bagus kot so aku amik aje la..orang dah bagi..lagipun maybe sebab aku tolong dia buat kad besday untuk anak dia kot..betul la kalau gitu pasal gatal-gatal tapak tangan ni..hehehee..
Tengahari plak, abg call tanya nak lunch sesama tak tapi aku masih kenyang plak so abg cakap dia nak balik umah jerk tido kejab. Pukul 2,opismate ajak turun gi cafe plak sebab ada makan pree..erkss...tetiba perut aku lapar..hehehee
Tadi
Ady call tapi aku segan plak nak berkata-kata coz suara aku rock gitu. Esok kitaorg akan berdating kat pesta konvo jerk la..hehehee..kebetulan esok turn aku kena jaga gerai opis aku ni kat pesta konvo tuh so ambil menyelam minum air ler, shoppingggg....apa lagi??? muehehheee
entri pada : 4:12 PM
April 13, 2005
::LOOK A LIKE CONTEST::
Hari bila ekk aku gi Carrefour..lupa plak..hehehee..beli itu beli ini, sharp kol 10 malam dorang buat pengumuman penurunan harga, contoh ribena masa aku amik harganya RM10+ tapi lepas kol 10 tu turun jadik RM8+..hmmm..galak la kitaorg beli barang..hehehee..so, total semua melayakkan kami dapat borang contest tersebut. Aku eksited nak masuk sebab pada pandangan famili, Naufal iras papa dia. Semalam aku amik gambar dorang berdua tu tapi tak memuaskan ati aku betul. Macam tak sama jerk pulak..so, aku attach gambar dorang kat sini..tolong tengok ekk..sama tak agak-agak?

gambar ni aje la yang clear..yg lelain blur gara-gara Naufal dah bosan.

tengok la tu..keletah jerk..nak tunjuk rambut tu dah tumbuh..hehehe..papa pun dah start boring jadik model mama, ahaks.

gambar terkeluar tajuk..hehehee..Naufal ngan Mirza (satu babysitter) amboi..bukan main dia kiss anak dara orang suka-suka ati dia jerk ekk..
Najwa : mama, amik la gambar wawa pakai baju sukan..
hehehee..suka dia kalau hari pakai baju sukan tu, dapat ngelat pakai gaun. Semalam Najwa dah start masuk kelas Fardu Ain kat masjid..mama tak dapat tengok lagi dia pakai baju kurung lengkap ngan kain dan tudung sebab selalu Najwa pakai baju kurung ngan seluar jeans aje..ngajipun pakai songkok..fenin mama....
entri pada : 4:04 PM
April 12, 2005
::NAK TAU TAK?::
Kalau nak tau, aku nih tengah dalam proses peralihan buat keje-keje baru dan keje-keje tambahan kat opis tapi semua pelik kat aku, sebabnya walaupun keje bertambah..aku tetap tak abaikan berchatting..ahaks, dan berblog..yuhuuu..chatting tu chatting gak tapi keje mesti siap on time.
Keje-keje baru aku ialah memandangkan rakan sejawatan aku dah naik pangkat sebab dia rajin, dia sambung blajo dan dah nak ada degree..aku kena amik alih tugas dia dalam hal-hal pertanyaan, pengambilan, pengiklanan, pendaftaran dsb berkaitan dengan program kemahiran. So hari ni dengan suara rock aku nih, aku kena melayan bakal-bakal pelatih dan juga ibubapa pelatih yang berminat nak mengikuti program ni. Aku rasa aku happy la ngan tugas baru ni. Aku kan peramah..ahaks. Surat-surat berkaitan program ni jangan citer la..banyak beb surat aku kena taip sebab opis aku tak ada jurutaip. Semua kena urus sendiri dari mula taip surat, fotokopi dan sampai kat meja despatch lengkap bersampul sekali.
Keje tambahan aku plak, aku kena ganti cik kak kat sebelah aku ni yang cuti bersalin ..ala-ala PA la kat bos dia, pas tu kalau PA big bos MC ker cuti ker...aku la jugak yang big bos carik untuk dok kat bilik sejuk tu hah..pas tu kalau receptionist cuti, aku kena ikut turn gak jaga kat kaunter tu. Tapi tak per..aku tak kisah..aku tak berkira tapi aku geram..hangin tahap babun betul kalau receptionist tu berkira pulak. Misal kalau semalam dia dah jaga pagi, mati-mati hari ni dia tak mo jaga pagi kalau receptionist lagi sorang takde..terpaksalah yang tukang turn ni jaga walaupun keje kat dalam menimbun.
Keje hakiki aku pulak, cam biasa laa..amik minute meeting..amik minute meeting. Tak de ker orang nak ganti aku ekk..muehehee...pas tu keje-keje berkaitan penyewaan ruang kat bangunan opis aku yang indah ni dan sebagainya la yang berkaitan dengan PEMINDAHAN TEKNOLOGI nih..PP aku perasan kot banyak beno tambahan keje dorang bagi kat aku sampai terkeluar la dialog ni lepas meeting ari tu..hehehee..
"N, ok tak keje? boleh buat?"
"bolehhhhh"
"ooo boleh..kalau gitu tak payah ler buat penambahan staf"
"tak payahhhh..staf ramai-ramaipun bukan ada keje"
"ooooo...tak de keje...nanti saya kejekan ekk...nanti..."
Erksss..hehehee
entri pada : 3:39 PM
April 11, 2005
::SUARA YANG HILANG::
Aku masih blom sihat. Aku makan ubat taim cuti jerk sebab takut lalok kat opis. Hari sabtu tu aku makan ubat dalam pukul 11.30 malam tapi tak abis lagi cerekarama, aku tak leh tahan lagi..tak tau apa ending citer tu. Pepagi bangun tanya abg, dia gelakkan aku jerk. Lepas bekfes, aku makan ubat lagi dan macam biasa..aku lalok lagi. Mata ni tak leh ditahan-tahan. Suarapun dah hilang. Abg la tukang gelak bila dengar aku cakap tapi asik tanya itu ini. Sengaja la tu..anak-anakpun ikut gelak dengar suara rock mama nih.
Pukul 11, bos call tapi aku suh abg cakap kat bos aku tido. Malas aku nak cakap, lagipun suara dah tak de. Agaknya bos aku mesti cakap aku tipu..lantaklah. Benci betul aku kalau bos call taim cuti nih. Dia nak tanya no. confirmation hotel. Manalah aku ingat. Semua tu aku dah bagi kat dia dan kalau adapun aku tulis kat buku kat opis. Aku tak call balikpun..kalau dia tanya nanti, aku cakap ler tak de kredit..heheheee..RM nak call bos balik bukan bleh claim pun..lokeknya aku. Erkss..lari topik plak.
Aku tido sampai pukul 2. Aku tak sedarpun abg bawak anak-anak keluar. Aku sedar bila abg call tanya dah bangun ker blom, itupun dah 7 ker 8 missed call dari abg..hehehee..melampaunya aku. Nasib baik abg jadik husband aku..kalau org lain, dah lama gud bye agaknya..heheheee..
Sepanjang hari semalam kami tak manapun. Kebetulan jiran pinjamkan CD, so tengok CD jerk la..banyak betul citer yg kami tengok, silap-silap leh meletup TV. Dah malam baru keluar gi beli susu Naufal, alatulis kakak..kakak biasalah..dah last minute baru cakap semua yang tak de..hangin jerk mama. Tambah hangin pagi tadi dia merengek suh temankan gi mandi, gara-gara tengok citer Potret Mistik..bila dimarah, mama gak yg kena sebab bukak citer tu..erkssss.
entri pada : 10:22 AM
April 07, 2005
::SAAT ANDA PALING MISKIN::
Aku tertarik nak join
forum ni . Topik bulan April 'Saat Anda Paling Miskin'. Tiba-tiba aku teringat ayah aku dan aku masukkan entri ni...
-------------------------------------------------
Saat Paling Miskin. Kalau nak citer miskin pasal tak ada duit, itu memang selalu terjadi. Lebih-lebih lagi bila tengah-tengah bulan tak de gaji lagi tapi semua tu boleh settle sebab arwah nenek selalunya faham kalau aku tak de duit..hehehee..tapi sekarang kalau tak de, sendiri mau ingat la..
Aku cuma nak citer, dulu aku miskin sangat dengan kasih sayang kedua orang tua aku. Miskin perhatian. Ibu bapa aku berpisah sejak aku darjah 1, so aku ngan adik tinggal dengan nenek sebelah ayah. Abang pulak, tinggal dengan nenek sebelah emak sebab nenek sanggup jaga abang sorang memandangkan anak nenek ramai. Emak keluar bekerja di bandar, seminggu sekali baru balik. Ayah pulak tinggal jauh, sebulan sekali baru balik. Selalunya kalau cuti sekolah, nenek akan bawak aku ngan adik gi rumah ayah. Masa tu aku rasa tak kaya tak miskin sebab ayah ada tapi emak pulak tak de.
Memandangkan emak ngan ayah aku sibuk bekerja, aku paling terasa aku ni miskin sangat masa ada hari ibubapa kat sekolah. Semua ibubapa kawan-kawan datang ambil kad kemajuan sekolah tapi aku? Nenek pun tak boleh nak datang sebab sekolah agak jauh, lagipun kalau nenek datang cuma dengar cikgu cakap dan tak dapat nak tandatanganpun. Bila aku bawa balik kad kemajuan tu, kadang-kadang aku suruh pak cik atau mak cik sebelah emak tandatangan atau aku sendiri tiru tandatangan ayah. Kalau kebetulan ayah atau emak balik, baru aku rasa kaya. Rasa nak tayang kat kawan-kawan, akupun ada emak ngan ayah.
Sekarang ni barulah emak bagi perhatian yang sebenarnya kat aku walaupun aku dah kawin. Mungkin sekarang aku banyak terus terang dengan emak, biar emak faham. Tak macam kecil-kecil dulu, aku pendam semuanya. Walaubagaimanapun, aku tetap miskin dengan kasih sayang seorang ayah. Hidup aku ni seolah-olah tak ada ayah walaupun ayah masih hidup lagi. Aku memang betul-betul kehilangan ayah sejak aku kawin sebab ayah tak suka pilihan aku. Bila ingat-ingat pasal ayah, aku rasa aku ni miskin setiap saat.
entri pada : 11:17 AM
April 06, 2005
::IMPIAN::
Semua orang ada impian, macam tu jugak aku ngan abg. Salah satu impian kitaorg, mestilah nak ada rumah sendiri. Sebelum ini kitaorg penah nak beli rumah tapi memandangkan banyak sangat masalah yang melanda, aku pendamkan aje. Bulan lepas, kami nekad bayar deposit beli rumah tapi frust sungguh sebab loan susah nak lulus. Bukan sebab nama blacklist tapi dokumen tak cukup kuat. Gaji abg tak tolak EPF, pas tu tak melalui bank. Mmg bos abg bayar cash pas tu manalah ada simpan kat bank. Bayar itu bayar ini. Kalau ikut bajet, setelah dikira-kira, memang kitaorg mampu nak bayar ansuran rumah baru tu nanti sebab selain gaji bulan abg, gaji aku, abg ada pendapatan hari-hari...contoh abg clearkan satu lori yg keluar masuk singapore, abg dapat satu lori RM10..kalau sehari 5 lori? Alhamdulillah, itu rezeki kami..rezeki anak-anak..walaupun rezeki macam tu yang penah buat abg lupa diri suatu ketika dulu. Pas tu abg dapat jugak sedikit habuan sebagai 2nd director kat company bos india dia tu. Tapi semua tu tak cukup kuat untuk buktikan pendapatan abg dan permohonan loan kami gagal.
Aku marah betul kat bos abg tapi india tu mmg dah faham aku..aku marah bersebab. Aku marah sebab dia tak tolak lagi EPF abg. Semua tu menyusahkan kami. Abg malas nak report kat EPF sebab bos dia walaupun macam tu ada baiknya. Banyak dah dia tolong kami walau berlainan bangsa. Bos abg janji mulai bulan depan akan mula potong EPF balik untuk mudahkan urusan kami.
Mulai bulan ni, abg nak masukkan semua gaji abg kat bank, pas tu kuarkan balik sebagai bukti pendapatan nanti. Mudah-mudahan impian kami nak ada rumah sendiri terlaksana walaupun bukan semewah mana. Mudah-mudahan pihak bank kesian kat kami ni..anak dah tiga, umur dah meningkat tapi nak buat loan rumah susahnya..beli rumah bukan macam keter..rumah mana boleh dibawa lari..bayar tetap bayar. Taim macam ni aku nyesal betul, apesal aku tak apply jawatan tetap dulu..kalau tak leh amik loan government.
Sebab tu aku kansel gi KLD..hati tgh susah memikirkan hasrat yang tak kesampaian ni. hmmmmm....
entri pada : 1:20 PM
April 04, 2005
::UBAT BATUK KER UBAT LALOK??::
Cuti dua hari ni bagaikan MC la pulak..lalok semacam aku lepas makan ubat. Ngantuknya macam tak leh ditahan-tahan lagi. Nasib baik Naufalpun sama, asik nak tidur jerk..so, berduet la aku tidur ngan Naufal sepanjang hari sabtu tu.
Petang sabtu, tengah mamai-mamai tu dapat sms dari opismate aku yang baru lepas bersalin. Takkan tak reply..so, aku tak de idea..aku reply cam ni "Tahniah! take care, ok" tapi tak leh sent plak sebab kredit aku abis..rupanya masa aku tengah tidur, kakak raya sakan guna hp aku call kengkawan dia sampai abis kredit. Bertuah betul!
Ahad plak, abg marah-marah semacam. Dia tanya aku nak hantar kat saper msg macam tu. Erkss..abg spot check hp aku ler. Aku cakap ler nak reply msg kawan aku tu tapi abg tak caya plak. Ntahlah..terpulanglah pada abg nak caya aku ker tak. Tapi bila aku diamkan, abg cool. Sebenarnya aku tak suka kalau abg asik nak check hp aku selalu tapi bila pk2 abg ada hak nak check, aku diamkan aje.
Betul la cakap mak aku, kitaorg ni ibarat air ngan air [sebab sama-sama anak nombor dua], kalau sorang tgh marah, sorang kena diam sebab kalau dua-dua marah boleh jadik bah..bahaya.
Erksss...sori ekk...lari tajuk la pulak..lalok lagik ker aku ni..hehehee
p/s : sori sbb tak leh ubah nak taruk tiga titik kat ujung ayat walau telah dikurangkan menjadik dua titik..heheee
entri pada : 9:33 AM
April 01, 2005
::ANGSANA LAGI..::
Rehat yang agak panjang tadi aku ngan member opis nih gi angsana. Adventure sungguh gi angsana tadi coz member-member aku buat ala-ala explorace sampai makan KFC pun nak berlumba siapa cepat oder, carik tempat duduk dan habiskan. Lepas makan, group aku terus cabut gi keter kat tingkat paling atas, tinggalkan group lagi satu. Jahat sungguh kitaorg sebab alih parking kat tempat lain dan gelakkan member yang sampai lambat. Kesian member mencari...muahahaaaa...paling kesian yang tengah pregnant tu. Ingatkan dah dok dalam keter race dah abis, rupanya yang kalah tak mahu mengalah..cepat-cepat pimpin tangan kawan yang sorang lagi sampai pintu opis baru cakap dorang menang...ngelattt!!!
Sebenarnya nak citer sket pasal part yang paling best untuk ilangkan boring kat angsana tu..kitaorg ni kalau gi angsana suka tengok persembahan seorang 'artis' kat kedai kaset depan mc donald [kalau saper selalu gi angsana sure tau..hehehe]. 'Artis' ni kelakar sungguh. Suka nyanyi ikut lagu yang dimainkan kat kedai tu dengan penuh perasaan. Kira kalau dia buat persembahan, kalah artis tulen. Ada sekali tu, keluar lagu sedih...bagai nak pecah perut dok gelakkan dia yang ikut nyanyi lagu tu dengan penuh perasaan siap kesat-kesat air mata yang tak keluar tu...heheheee..tapi brother tu mmg best, walaupun dia cam tu..aku respek dia sebab ada kerja yang halal dan rajin pulak tu.
entri pada : 3:28 PM
::LEH MENGELUH TAK?? HEHEHEE...::
Penatnyaaaa jadik mama ekk...rasa nak kecik balik laa..hehehee...
Semalam ada sesuatu yang aku rasa kat k****k aku so aku rasa cam takut sket..tambah rasa sengal-sengal lengan dan b**** rasa kejang semacam..semua suh aku gi klinik check tapi aku M.A.L.A.S...demam ni pun aku malas nak gi klinik...hehehee...[aku penakut ubat laa...ahaks]. Balik keje semalam aku singgah umah dulu, mandi...siap-siap baru amik Naufal gi umah mak mentua amik 2 dara tu pulak...tengok citer cina dulu, lepas maghrib baru gi klinik. Sampai klinik, biasalah..darah tinggi aku terus naik ngan keletah anak-anak aku tu..kakakpun sama naik ngan adik-adik..satu klinik tu riuh ngan keletah dorang jerk..nasib baik tak de patient lain..yg ada sorang tu pun macam bingit ngan anak-anak aku...doktor pun risau..asik tegur takut Naufal jatuh...rasa malu plak aku...hmmm...akupun lega sebab doktor kata cuma k******r..tak bahaya..tapi kalau dibiarkan leh jadik b***l..
Akibat lasak sangat, terlenting sana sini..semput Najwa datang balik..terus bawak gi klinik dorang plak [erksss...klinik mama lain..kalau sakit sensitif, mama check ngan doktor pompuan..ahaks]. Kat klinik tu, lagilah ligat...yang sakit pun dah macam tak sakit...mama dah rasa nak pengsan dahhh...nak call/sms papa...hp masuk air..hehehee
Sampai umah, mengaruk lagi tiga-tiga orang tu...tension betul..nak marah..dah abis marah rasanya..lepas bagi makan ubat sorang-sorang, ingat tido tapi huhh...mama nak tengok explorace pun tak aman. Sambil tengok explorace sambil masak..simple jerk...kailan goreng ikan masin ngan telur dadar jerk..hehehee...
2 dara dah tido..tinggal si kecik yang masih meligat sorang-sorang...penat mama ilang sket bila papa balik and hulur kad top up...yesss....tak mintak tapi papa cam tau-tau ler sebab mama senyap jerk..tak sms/call sehari ni...ahaks. Tengah makan, tengok si kecik baring..diammmm dan tidur sendiri...alahai...kesiannya...
Hari ni jumaat...rehat lama, beb...ke mana agaknya aku tengahari ni?? jeng..jengg..jengggg
entri pada : 11:07 AM