.:EMPUNYA BLOG:.
NANINA HAMDAN [nina]
NANAMI AIZAWA
Lokasi : Johor Bahru
Besday : 1 Oktober 73
Status : Mama kpd
Nina Faizuin Nurain, Nina Filzah Najwa & Faiq Naufal
My Textamerica
My Fotopages
My WebShots


.:MESEJ:.


KENANGAN TERINDAH

.:BLOG SELEBRITI:.
Ako Mustapha
Afdlin Shauki

.:BLOG GENG JURNAL:.
abrar| ady| afxzal/pak bear| ana| angah| apai| aqil| atoi| ap avuacool| ayaka| ayares| ayobkelubi| ayue| azwa| banai| basri| bean| bukanakukata| cempakabiru| cik daun| ct_cute| ctzie| delimalin| dona| EP| e-1| haiza| jamri| juita| kak gee| kak ngah| kak seriadriani| kak sridiah| kak ungku| karip| kurekuresakti| langsatz| lapan| lenz| liza| mak andeh| mal| man moncang| mar| mat jan| MBA| melor| mely| merryhearted| mushroomcute| nana| ND| nesloice| nett| nida| nis| noret| nur khairiah| OP kembara| petz| pnut| pulut bakar| putera KL| purbe| riz| rosram| salina| salji| sayangmama| sepai| sultan muzaffar| superdiman| tembikai22| the7asmann| tini| tipahvogue| tok rimau| tokei pajak| w1r4| walids| wkdin| yaabbna| yadziz| zareda| zino| zhoulsz zuraien| zurie|

.:YM!:.

.:BUKU TAMU:.
TuLiS2 | BacA

.:DIARI:.
BLOG 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
October 2006
January 2007

.:PAUTAN:.
GENG JK

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

tetamu
Free Web Counter
TQ

Image hosted by TinyPic.com

May 26, 2006


::CUTI CUTI CUTI ::

Selamat bercuti...aku cuti seminggu, balik kampung ngan anak-anak aje. Boring sungguh abg tak leh cuti panjang..kalau tak bleh gi jauh-jauh sket, kannn.....

Bubye, blog...


entri pada : 5:58 PM


May 19, 2006


::NOSTALGIA BOYFRIEND Part 2::

Hmm..dua hari sibuk ngan bengkel kat Pulai Springs (lagi), tak sempat nak sambung stori, hehehee..

Susah dan penat gak main kayu tiga ni. Nak kena banyak strategi, pas tu nak kena jaga hati dua-dua sekali. Memandangkan hubungan aku ngan abg makin erat sebab dekat, hari-hari abg amik aku balik keje malam-malam, aku rasa kesian dan sayang plak kat abg. Tambahan pulak, Zs jauh..walaupun Zs rajin utus surat kat aku tapi ntahlah, maybe sebab mmg JAUH alasan paling tepat pas tu aku asyik terkenang apa yang penah Zs buat kat aku masa form 5 dulu buat aku ada rasa dendam jugak la. Akhirnya masa aku balik cuti nak raya haji, aku nekad putuskan hubungan aku ngan Zs. Aku pilih abg. Mmg Zs frust sangat-sangat tapi aku rasa itu keputusan terbaik aku setakat itu,lagipun aku masih dipengaruhi dendam pada Zs dan aku rasa aku tak setaraf Zs yang bijak pandai sedangkan aku cuma seorang cashier kat KFC aje.

Putus aje hubungan aku ngan Zs, tak lama pas tu abg plak buat hal. Rupanya dalam diam abg pun main kayu tiga gaks. Abg kata dah clash ngan girlfriend dia tapi rupanya abg tipu aku jerk (aku percaya sebab masa aku buang gambar girlfriend abg kat sungai segget, abg diam aje :P). Abg tak bagi aku apa-apa alasan pun dan abg terus senyapkan diri. Tak amik aku balik kerja lagi, tak call aku lagi..masa ni aku rasa mmg padan dengan muka aku ni sebab salah pilih. Patutnya aku hargai Zs yang paling lama aku kenal, patutnya aku percaya atas keikhlasan Zs...

Lepas dah tak de boyfriend (lagi), akupun rasa bebas berkawan. Aku baik ngan sorang abg kat KFC gaks..abg Aa tapi biasalah aku, bila org mula nak cakap pasal perasaan, aku akan jauhkan diri walaupun abg Aa cuba amik ati aku ngan bagi bunga la, perfume la tapi itu bukan aku. Aku pulangkan balik semua tu dgn cara baik. Aku rasa aku baik ngan abg AA sebab dia banyak mintak pendapat aku untuk dia berubah (dulu dia ..ntahlah, kat lengan dia ada tatoo). Akhirnya abg Aa jauh gaks ngan aku bila dia dah jumpa girl lain, hehehe

Pas tu bila aku cuma part time aje kat KFC tu, aku baik ngan Sy plak. Mulanya aku ingat Sy ni macam adik-adik aje sbb dia ni cam manja sket tapi rupa-rupanya sebaya ngan aku. Agaknya aku layan sangat 'manja' dia tu, tu yg buat Sy ada perasaan kat aku. Banyak kali Sy cuba luahkan tapi aku sengaja elak-elak sebab aku tanak terikat ngan sesape lagik. Cukuplah ada rasa bersalah teramat sangat pada Zs yang buat aku rindu sangat kat dia dan cukuplah aku frust ngan abg.

Dalam pada tu, ada sorang abg akauntan yang selalu singgah kedai tempat aku keje rupanya ada hati kat aku..hahahaa..mulanya aku tak perasan tapi bila kakak senior kat kedai tu cakapkan bagi pihak abg tu barulah aku tau. Naper la aku tak perasan ekk..patut la setiap kali abg Zl shopping baju keje dia kat kedai aku, mesti tanya pilihan aku dan tetap beli walaupun aku tau dia tak berkenan sebab aku pilih asal boleh aje, hehehee..pas tu penah abg Zl ajak aku temankan dia gi shopping dan setiap apa yang aku pegang dan tengok dia nak belikan tapi sorry, itu bukan aku..aku tanak jadik pisau cukur cap ketiak ekk..hahahha..tapi terlepas gaks sepasang sandal yang mmg aku nak beli dan abg Zl dah bayarkan..sebab nak 'lari' dari abg Zl, aku terpaksa 'tipu' yang aku dah ada boyfriend dan aku tunjuk Sy sebagai boyfriend aku. Tindakan aku buat abg Zl frust dan terus berhenti keje, pindah KL..abg Zl cuma tinggalkan sehelai tiset merah untuk aku tapi aku bagi mak cik aku tiset tu sbb tanak terima hadiah dari org..takutttt...tak lama lepas abg Zl gi KL, aku dengar dia dah jumpa girl yang sesuai dan dah nak tunang pun...masa tu umur aku baru 18, sedangkan abg Zl dah 25 tahun..aku rasa mmg patut dia kawin dulu sbb aku ni 'budak' lagi, kan..tak terfikirpun pasal kawin tunang ni.

Hubungan aku ngan Sy rapat gaks la tapi aku cepat boring coz Sy ni manja sangat, sikit-sikit nak majuks. Lama pas tu baru aku dapat tau, Sy ni rupanya rumah dia sebelah rumah ex boyfriend aku masa form 5 dulu, ZdC..Sy dulu sekolah kat asrama penuh, tu yang aku tak penah nampak dia langsung, hehehehh..tapi Sy ni cam 'liar' sket dan aku tak suka coz dia suka ajak aku gi disco..hampir-hampir gaks aku terpengaruh tapi bila ingat muka bak aku aje, ohh..tidakkkkk...hahahhaa...sebab nak jauhkan diri dari Sy, aku terima la idea kakak angkat aku yang kenalkan aku ngan kawan dia, abg Ar. Ngan abg Ar ni aku suka-suka aje layan sbb aku tau la abg Ar ni suka kat adik angkat dia tapi adik angkat dia dah ada bf..kiranya aku la yang buat drg tu kawin sbb adik angkat abg Ar tu jeles sungguh bila aku jadik girlfriend abg angkat dia kejab, hehehe...

Teruk betul aku kalau diingat-ingat ekk..aku pernah terperangkap dan 'matikan' diri kat umah sebab dua tiga orang ajak aku kuar serentak..ada yang bagi bunga masa valentine yang buat aku jadik takut..kira masa ni saham aku mencanak sungguh coz ada ex classmate Zs dulu pun siap datang JB carik aku, nak kawan ngan aku sebab dia dapat tau aku ngan Zs dah clash. Hmm..nama aje ramai nak kawan tapi hati aku tetap tak leh terima..dalam hati aku sebenarnya cuma ada Zs sorang aje..tapi aku malu nak contact dia balik.

Satu hari tu, aku beranikan diri hantar surat kat Zs..mintak maaf sebab aku rindu sangat kat dia. Tapi setiap kali aku baru nak baik ngan Zs, mesti ada jerk lagi hal..masa ni, abg jumpa aku balik. Abg bagitau, dia senyap sebab ramai kawan-kawan team bola dia marah dia sebab amik girlfriend kawan..(rupanya abg ngan ZdC pernah satu team bola sepak), pas tu kawan baik abg yang jugak ex classmate aku, bagitau kat abg yang aku ni sebenarnya pompuan 'baik-baik'...bukan cam yang abg sangka/tengok dari segi dressing maut aku ketika tu...ahaks. Mana tak kawan abg puji aku..masa aku dok sekelas ngan dia, bercakap ngan dia pun aku tak pernah..hehehehee..mana plak aku tak pernah cakap ngan dia, si R ni pendiam sangat-sangat. So, kiranya abg nak berbaik ngan aku la..abg 'umpan' gaks adik pompuan dia suruh rapat-rapat ngan aku..hehehehee..mana tak aku terharu, abg kata dulu dia nak kawan ngan aku sebab sahut cabaran kawan dia, suruh test aku tapi bila selama clash ngan aku, baru abg sedar dia pun suka sangat kat aku tapi segan nak contact balik. Sejak abg kantoi, ngan ex girlfriend dia tu pun dia tak contact gaks lagik.

Memandangkan dah terlanjur aku contact Zs balik dan Zs pun dah balas, dia maafkan aku dan serentak juga abg datang balik...mula lah lagi aku main kayu tiga secara serius balik. Kali ni mmg abg betul-betul serius sebab dia mula kenalkan aku ngan famili dia dan abg betul-betul amik berat pasal aku lagi. Walaupun abg tunjukkan sangat cemburu dia setiap kali nampak aku sembang ngan org lain tapi aku suka..aku bangga gaks la ada org amik berat pasal aku, ahaks. Hubungan aku ngan abg rapat sangat tapi abg tak tau langsung pasal Zs.

Ntahlah, mulanya aku terima abg balik sebab aku ada niat nak balas balik apa yang abg buat kat aku sebab aku ni pendendam orangnya tapi lama-lama aku jadik tak sampai hati pulak. Hubungan kami mulanya ok, bak pun ok aje..siap hantar aku lagi kalau aku nak gi dating ngan abg tapi satu hari tu, tak de hujan tak de ribut, bak tsunami terus. Bak suruh aku putuskan hubungan ngan abg. Kesian abg masa tu..kiranya macam drama swasta bak marah abg. Macam-macam la maki hamun bak kat abg dan aku tak leh terima langsung..bak tak patut buat orang macam tu..abg pun ada harga diri. Aku merajuk sungguh ngan bak..walaupun bak pujuk aku balik (aku sedar malam tu bak masuk bilik aku, selimutkan aku) tapi aku betul-betul marah kat bak. Esoknya, aku pegi keje macam biasa dan aku tak balik-balik lagi rumah bak sampai aku dah kawin, dah ada anak-anak ni. Aku pegi umah abg, mintak maaf kat abg dan famili abg atas tindakan bak. Malam tu gaks, mak datang dari kg jemput aku kat umah abg. Mak bawak aku balik kg dan sejak tu hubungan kekeluargaan kami rapat gaks..mak abg selalu call mak aku.

Kat kg, aku cuba nak lupakan abg sebab aku takut abg berdendam ngan aku pasal tindakan bak marah dia. Aku sayangkan bak jugak. Kalau boleh, aku tanak buat bak makin marah kat aku. Kat kg, kebetulan masa tu Zs cuti..walaupun Zs dah balik ITM pun tapi dia tetap call aku setiap hari sampai satu hari tu masa Zs balik cuti lagi, aku sendiri mintak Zs 'pinang' aku dan Zs mintak aku tunggu dia, sekejab aje lagi. Itulah kelemahan Zs..dia tak mampu nak yakinkan aku kalau dia mmg cintakan aku sangat-sangat. Dia tak ada usaha nak kenalkan aku ngan famili dia macam abg..kalaupun famili Zs mmg kenal aku tapi maybe drg tau kami setakat 'cinta monyet' aje. Zs tak faham apa yang aku mintak..tapi aku perempuan, takkan nak mulakan selalu..kalau boleh masa tu aku nak kami bertunang..biar aku terikat terus ngan dia.

Satu hari tu masa kat kg, tanpa aku rancang dan duga..famili abg datang sedangkan malam tu aku janji nak kuar ngan Zs. Kesian Zs..aku terpaksa elakkan diri dari dia malam tu sebab nak jaga hati famili abg yang ada kat umah masa tu. Famili abg nak aku ngan abg bertunang dan terus kawin. Akupun macam tak de pilihan..abg sungguh-sungguh sangat. Selain abg, aku kena hormat famili abg yang baik sangat ngan aku sepanjang aku kawan ngan abg.. dah jodoh aku ngan abg....aku senyapkan diri dari Zs selama aku bertunang ngan abg. Aku tak sampai hati nak hubungi Zs balik sebab aku tau dia betul-betul kecewa bila aku tanak jawab call dari dia, aku mungkir janji aku nak kuar ngan dia....aku cuma kirimkan kad undangan perkahwinan aku jerk kat Zs tanpa aku tau dia makin terluka..(Zs kata dia dapat kad tu masa nak exam). Teruk, kan aku.

Walaupun aku dah kawin ngan abg, aku tak pernah cerita kat abg pasal Zs dalam hidup aku. Biarlah aku simpan perasaan aku ni dan abg pun tak pernah persoalkan kat mana CINTA aku (abg bukan jenis jiwang karat, hehehe). Sejak kawan sampai kawin, aku tak pernah cakap CINTA kat abg sebab bagi aku CINTA tu cuma satu dan hanya untuk Zs sejak aku mula-mula nampak Zs dulu, masa umur aku 13 tahun! Biarpun Zs tak pernah percaya tapi itulah hakikatnya sampai sekarang.

Mungkin sebab aku macam tak ikhlas ngan abg, perkahwinan kami banyak masalah. Ketika bermasalah itulah Zs nampak aku kat tempat keje dan mula hubungi aku semula. Permintaan Zs hanya untuk berkawan dan aku tak sampai hati nak hampakan dia lagi. Aku tak pernah bagitau masalah rumahtangga aku sebab aku malu kat Zs.. sampailah satu hari, masalah yang aku pendam tak dapat aku bendung lagi..semua terluah kat Zs dan sejak tu Zs amik berat sangat-sangat..walaupun Zs tak mahu jadik org ketiga dan selalu nasihatkan aku untuk kebaikan hubungan aku ngan abg tapi hati aku dah tawar kat abg. Kali ni aku terus terang kat abg siapa Zs dalam hidup aku. Abg jadik tak tentu arah bila tau ada orang lain yang lebih cintakan aku dari dia. Abg mula berubah, mula ingat semula tanggungjawab dia, mula menyesal dan sedar yang abg dah abaikan aku dan anak-anak.

Ntahlah...jodoh aku ngan abg mmg panjang. Kami juga dikurniakan anak-anak sebagai pelengkap rumahtangga kami. Banyak hati yang perlu dijaga...begitu juga Zs yang dah bertunang masa tu. Aku tak de niat nak tipu Zs walaupun itu yang Zs sering tuduh aku sampai sekarang..aku tak salahkan Zs..maybe dia dah serik sangat ngan aku yang selalu datang dan pergi dalam hidup dia. Akupun tanak rendahkan Zs..takkan seorang engineer bujang yang da bomb, ramai peminat, ada tunang yang muda nak kawin ngan janda anak tiga pulak, kan..kalaupun Zs mmg nak tapi hati famili dia jugak perlu diambil kira.

Sekarang ni, aku masih ngan abg yang semakin berubah, lebih bertanggungjawab dan penyayang. Aku akan cuba bahagiakan rumahtangga kami demi anak-anak. Perasaan aku dah tak penting lagi..cukuplah kalau abg dapat bahagiakan aku setiap hari, jangan sakiti hati aku dan bebankan aku ngan masalah yang berat-berat lagi sebab aku dah tak mampu, dah penat nak hadapi tu semua. Zs pun dah kawin..dah makin jauh dari aku. Aku tak salahkan Zs kalau aku dah tak wujud dalam hati dia tapi aku tak dapat buang dia dari hati aku ni. Aku tau semua ni salah tapi setelah apa yang terjadi, aku berhak ada cara aku sendiri untuk buat hati aku tenang dan bahagia.

Hmmm...panjang sungguh citer aku ni ekk..susah aku nak citer habis-habis pengalaman aku ni. Ini pun berdasarkan apa yang aku ingat..kalau aku lupa atau tertinggal sikit-sikit tu, kira halal la ekk..dari pagi tau aku taip ni sambil-sambil wat keje, hehehee..

PAST is PAST..


entri pada : 5:29 PM


May 18, 2006


::NOSTALGIA BOYFRIEND Part 1::

Lanjutan dari soklan dari anak dara aku tu buat aku plak yang bernostalgia, hik hikk..Aku cakap kat anak aku tu, masa aku form one baru tau pasal boyfriend ini tapi bila diingat-ingat balik, umur aku 3 - 4 tahun, aku dah ada boyfriend sebenarnya, hehehe...ikut citer emak aku la sebab aku tak ingat apa-apa pun. Kalau ikut suka aku, umur 13 tahun tu la sebab 'hati' aku telah dicuri oleh seseorang, ahaks.

Emak aku citer, masa kat Sarawak dulu ada sorang budak india ni, nama dia Raju. Raju ni suka sgt nak kawan ngan aku tapi aku tak suka. Ada la mak mak kitaorg amik gambar aku pakai baju kurung, Raju pakai baju melayu tapi aku dah koyakkan sebab gambar tu Raju peluk bahu aku. Ada satu lagi gambar aku ngan Raju tu, nanti kalau aku balik kg, aku pinjam kat mak, aku scan ekk...hehehee...Mak citer lagi, emak Raju kata nanti kalau dah balik Semenanjung, Raju dah ada keje bagus dia nak suruh Raju cari aku..emak Raju dah chop aku awal-awal jadik menantu dia tu..hahaha..entah manalah Raju tu skarang ni..nasib baik dia tak cari aku :P

Emak aku citer lagi, masa aku darjah satu dulu, ada sorang budak lelaki ni (aku lupa nama dia), tiap-tiap hari dia bagi aku seposen. Aku pun apa lagi, amik ajelah kan. Satu hari tu, emak aku gi sekolah, jumpa plak ngan emak budak lelaki tu..emak budak lelaki tu ngadu kat emak aku, anak dia hari-hari mintak duit lebih seposen sebab nak bagi kat 'bini' dia. Aku kot yg dia kata 'bini' dia tu..hahahaa...kelakar, kan..ntah apa-apa ler.

Pas tu aku ingat-ingat balik, adalah dua tiga kali aku dapat kad raya dari sorang budak lelaki kelas sebelah(SR)tapi aku tak ingat aku balas ker tidak. Last sekali aku ingat masa tu dah last day kitaorg kat sekolah rendah, nak naik form one tapi SR dapat sekolah asrama penuh..SR jumpa aku yg tengah sorong basikal nak balik..dia ada bagi aku bunga. Tapi sebab aku tak paham apa-apa, aku tak ingat aku buat apa cuma sekarang aku teringat gaks muka SR masa tu.. macam nak cakap dia suka aku kot tapi tak tercakap, ahaks. Ntah mana SR sekarang ekk..lepas naik form one tu mmg aku tak pernah jumpa atau nampak SR lagi walaupun setempat.

Bermulalah aku naik form one. Masa ni pun tgh tak paham lagi boyfriend-girlfriend ni. Mula-mula aku dapat surat dari abg form 2, Hk. Start hari tu adalah kakak-kakak form 2 dok usik aku tapi aku masih blur, tak paham. Tambahan plak aku hangin kat kawan Hk ni, nama glamer dia 'untung'. Aku hangin sungguh kat 'untung' ni sebab aku tak layan dia kacau-kacau aku, dia bleh rosakkan batas projek pertanian pertama aku. (aku dulu masuk aliran pertanian tau sebab nak elak kelas masak-masak, hehehe). Ntahlah, aku tak suka sungguh kat Hk ngan 'untung' ni tapi kawan-kawan asik ejek aje terutama kakak-kakak form 2 yang suka sgt kait-kaitkan aku ngan Hk tu.

Satu hari tu, kawan aku cakap ada student lelaki kelas 1(1) kirim salam. Bila kawan aku tunjuk aje student lelaki tu dari jauh, aku terus terpikat..jatuh cinta pandang pertama tuuuu....aku suka sgt kat student tu. Nama dia Zs. Bila dah selalu Zs kirim salam, akupun cabar dia melalui kawan aku tu, suruh Zs hantar surat la kat aku dan Zs pun sahut cabaran aku. Zs kata dia mula perasan aku sejak aku selalu langgar dia kat tangga surau tapi aku tak ingat la..aku main rempuh aje..ganas lah katakan, hehehe. Bermulalah balas membalas surat cinta tapi kesian gaks kat Zs sebab kawan aku citer dia asik kena warning ngan 'untung' kat sekolah agama sebab kawan ngan aku. Aku simpan semua surat-surat Zs sampai satu hari semua surat-surat tu hancur bila beg aku basah kena hujan. Yang kawan-kawan kitaorg pelik dan akupun pelik sama, sejak form one kami bercinta kat surat aje sampai naik form 2, form 3..kalau terserempak kitaorg buat macam tak kenal aje, hehehee. Memanglah dalam pada kami bercinta tu macam-macam dugaan ada. Gossip aku ngan beberapa students buat Zs macam merajuk jugak tapi tu kan sekadar gossip..seingat aku, takdelah aku menduakan Zs pun, ahaks. Aku pun selalu hangin gaks kalau aku dengar ada students pompuan sebut-sebut nama Zs..patutnya drg sedia maklum la, aku ni girlfriend Zs :P

Masa form 3, hubungan aku ngan Zs pudar sket sebab Zs nak tumpukan pada pelajaran. Aku plak, malas nak belajar sgt tapi aku memahami, so aku tak 'kacau' Zs sepanjang form 3 tu tapi sebab boring, aku layan gaks la ada abg form 4 tu, hehehee..walaupun abg Yh ni dah mmg perasan giler kat aku, siap bagi surat ada bedak lah..ada tisu la sebab dia kata sedih bila tulis surat kat aku yg takde perasaan kat dia ni. Bila aku dah mula takut abg Yh ni cam sungguh-sungguh plak, akupun pelan-pelan bo layan kat abg Yh ni.

Habis SRP jerk, cuti panjang tu aku ikut bak aku balik Singapore. Masa cuti ni, hubungan aku ngan Zs hangat balik. Selain berutus surat, kami bleh calling-calling dari Spore-Muar. Berjam-jam kalau sembang tu tapi aku ngan Zs cukup pelik kat parents kitaorg, tak pernah pun drg komplen bil tepon melambung ker, ahaks. Tu la saat paling manis bila dikenang. Masa tu mmg rasa cinta, sayang, rindu semua ada. Tak sabar nak naik form 4 masa tu. Bila naik form 4, kitaorg dah berani tegur-tegur..main-main mata dari jauh, ahaks. Tapi kejab aje saat besh tu sebab Zs dapat offer masuk MRSM dan aku, sebab frust dengar dia nak gi MRSM, akupun ikut cadangan awal bak aku nak tukarkan aku sekolah kat JB. Permulaan Zs kat MRSM, hubungan kami berjalan dengan baik dan akupun setia kat dia aje..takde nyer aku ada boyfriend lain kat sekolah baru tu sampailah form 5.

Bila dah form 5, satu hari tu masa balik sekolah, aku dapat surat dari Zs. Surat yang buat sedih tak terkata. Zs mintak hubungan kami diputuskan sebab dia nak tumpu pada SPM. Aku rasa tak leh terima. Aku rasa marah sangat-sangat tapi aku diamkan, aku terima keputusan Zs tu walaupun hati aku tak rela.

Kesedihan aku terubat jugak bila student lelaki yang selalu pergi balik sekolah sama-sama naik bas ngan aku tapi tak pernah tegur tu mula tegur aku. Mula-mula pinjam buku..lama-lama ada surat dalam buku, hehehhe..kami berkawan sepanjang form 5 tu dan dia jugaklah bodyguard aku, ahaks. ZdC ni org kuat sport kat sekolah dan akupun mula minat bola sepak, hoki sebab yang ZdC jadik kapten. Aku buat ZdC frust bila dia tau aku masih tak dapat lupakan Zs. Masa ni ZdC dah mula jauhkan diri dari aku dan mula berjinak-jinak ngan hobi baru dia (part time jadik doktor tak bertauliah). Mulanya aku berjaya pujuk dia sebab tanak dia terus rosak ngan hobi baru dia tapi aku rasa dia semakin jauh. Dalam pada tu, ada sorang student sekolah sebelah plak asyiklah call aku. Mana la AyH ni tak takut nak call aku, tiap kali dia nampak aku kat library tu,aku sorang-sorang aje sedangkan org lain gi ngan couple masing-masing. Mulanya aku tak layan la tapi lama-lama aku layan la jugak sebab ZdC pun dah makin jauh dari aku, dah seronok agaknya khayal ngan hobi baru dia tu tapi aku 'sayang' jugak kat ZdC tu sebab dia sebenarnya baik sangat ngan aku. Happy kawan ngan ZdC tu sebab byk gaks kenangan..kitaorg kuar ramai-ramai ngan kawan-kawan yang bercouple-couple, gi tengok wayang, gi waterfalls KT..masa kat waterfalls ni la aku rasa aku mula rasa sayang kat ZdC bila dia kenalkan aku sbg steady girlfriend dia kat member2 dia. Tapi tu la aku, bila ZdC dah mula nak luahkan perasaan dia, aku ingat balik kat Zs yang tetap ada dalam hati aku ni.

Lepas SPM, mulanya aku tak nak layan sangat dah AyH tu sbb aku tau ramai sgt girlfriend dia sebab dia perasan hensem, hehehee..mmg hensem pun kan..ala-ala Badrul Muhayat gitu, ahaks tapi AyH tetap asik call aku. Banyak kali gaks la aku dating ngan dia, hehehhh..tapi gitu-gitu aje la..no hard feeling pun...AydH ni la yang selalu datang kat opis aku sekarang ni, hehehe..sekarang dah sihat walafiat dah..tak tak de rupa Badrul Muhayat pun, ahaks. Last aku jumpa AydH ni masa aku dah tunang ngan abg..masa tu aku perasan dia mula nak serius ngan hubungan kami tapi aku mmg tak seriuspun...hahahaha..

Masa dah habis SPM ni, aku dah takde sape-sape dah..takde boyfriendpun...ZcD ntah ke mana. Aku amik keputusan balik kg aje, temankan atuk aku sambil kerja kilang kat kg. Masa kat kg, aku cuba gaks contact balik Zs sebab aku masih sayang kat dia, lagipun aku percaya Zs mintak clash pun sebab nak exam..sekarang dah habis exam..tapi Zs layan aku macam nak tanak aje..kecik gaks hati aku..tak pe kan......sedih tau!!

Tak lama aku kat kg sbb pak usu aku ajak dok umah dia kat JB, temankan anak-anak dia sebab pak usu ngan mak usu selalu outstation. Sambil-sambil tu pak usu suh aku belajar komputer, trengkas...dan aku ikut cakap pak usu. Kat JB, aku jumpa balik kawan-kawan sekolah aku dah drg cadang nak piknik kat waterfalls. Drg cadangkan aku ajak ZdC tapi ZdC sibuk sgt pulak ngan sport (maybe nak ngelak dari aku). So, akupun pegi sorang la tanpa couple..org takde boyfriend, kan masa tu...hubungan aku ngan ZdC pun tak tau dah cam ner..on lagi ker dah off masa tu..macam ada, macam tak de...Zs pun jauh,layan aku pun macam tanak dahhh..

Masa kat Waterfalls ni la, aku main-main mata ngan abg yang join sekali dalam group kami. Abg pun pegi tanpa girlfriend dia yg tanak ikut masa tu, hehehee...mula-mula nampak abg, aku tak suka abg sbb nampak macam selekeh..ngan jeans lusuh..macam mat-mat rock motor yg bukan taste aku pun..ahaks. Sebulan lepas balik dari waterfalls tu, barulah abg call aku ajak kuar. Baru jerk hati aku berbunga-bunga kawan ngan abg, aku balik kg beraya. Masa raya ni la, aku terkejut sungguh bila Zs datang beraya kat umah (aku la bagi dia kad raya jemput datang, hehehe). Masa ni Zs mintak nak balik semula ngan aku. Dia dah nampak makin hensem dan dewasa yang buat hati aku terusik balik...cinta pertama yang masih kuat dalam hati aku ni mula berbunga balik. Bermulalah aku jadik pandai main kayu tiga...kat JB ngan abg, tapi bila balik kg ngan Zs yang mmg janji balik sama-sama kalau dia cuti semester...

Cukup takat ni dulu la ekk..penat la citer..esok lusa aku sambung part 2 ekk..aku tulis ni sebab aku nak jadikan tulisan ni kenangan aku sendiri sementara aku masih mampu menulis. Kalau ada yang tak suka, tak yah la baca ekk..ni cuma separuh dari kenangan hidup aku.


entri pada : 4:08 PM


May 17, 2006


::SOKLAN MAUT ANAKKU::

Terdiam aku kejab bila kakak ajukan soklan ni.

"Mama, umur 10 tahun mcm kakak ni, dah bolehkan ada boyfriend?"

Erkss..aku terdiam bukan aje sebab terkedu ngan soklan kakak tapi aku terfikir gaks, dah tuanya aku bila anak mula cakap pasal boyfriend, ahaks.

"Mama dulu ada boyfriend umur mama berapa tahun" kakak cuba nak pancing 'kesportingan'aku.

"Mama??...form one! apsal kakak tanya ni..dah nak menggatal la tu"

"kalau kakak kawan ngan boyfriend kakak sampai kawin nanti boleh tak?

Adoiiiii..anak dara aku..."dah ada boyfriend la ni ekk.." aku jegil mata aku kat dia.

"Ada la..nama dia Put*a..hensem tau, mama..dia pun suka kakak jugak, cikgu pun dah tau"

Aduhhh..duhhh....

"Kakak, bukan tak boleh ada boyfriend tapi awal lagi la..tapi kalau dah ada, kena belajar sama-sama, kena sama-sama pandai..jangan jadik macam mama, boyfriend mama dulu pandai tapi mama tak pandai"

"Eleh..kakak tau la bukan papa boyfriend mama dulu..kakak nak belajar pandai-pandai la ngan Put*a..nak sama-sama aje sampai kawin"

Adushhh...no komen lagi. Nampaknya cepatlah aku dapat menantu nanti.


entri pada : 9:30 AM


May 16, 2006


::KEPENATAN MELAMPAU::

Sejak kelas aerobik bercuti dua minggu ni, aku rasa letihhhhh sangat-sangat. Cepat penat rasanya, tambahan plak taim-taim aerobik cuti ni bulan plak mengambang so mood jadik cam tak tentu arah la pulak, hehehee :P

Cuti 3 hari pun tak ke mana..cuma gi Carrefour aje, beli barang dapur yang dah hampir kontang. Semalam pun mak dah call tanya kenapa senyap aje..tak call, tak balik kg..tapi sebab penat, macam di awang-awangan aje rasanya masa berbual ngan mak tu sampai lupa nak wish selamat hari ibu. Kenapa aku penat sangat?? Mana tak penat...semalam dah ler seharian berbengkel kat Pulai Springs, pas tu dok menunggu abg amik kat opis ni jerk jejak pukul 7..hati mmg bengkek kat abg tapi aku tahan aje..agaknya bila kita tahan rasa bengkek ni buat kita rasa penat gak kot, hahahah..mana tak bengkek..semalam seboleh-boleh abg tak bagi aku bawak keter sendiri gi Pulai Springs tu..dia sanggup nak hantar, nak amik aku dan bagi idea plak suh 'kancil' rehat kat umah aje..apa punya alasan daaa..actually, itu aku tak kisah la kan..aku lagi suka ada org amik hantar aku sebab rasa cam bos aje, hehhee tapi kalau dah amik aku lambat sampai kol 7 tu, saper yg tak bengkek, kannnn...tapi aku bleh sabar plak semalam..aku diam aje tapi tu la...kalau kita tahan-tahan rasa bengkek ni, penat tau.

Sampai umah plak, abg terus gi keje balik dan tinggalkan aku dengan anak-anak yang ada seribu permintaan. Sorang nak suh beli buku ladybird 4B, sebab 4A dah khatam..sorang lagi ajak pi beli hadiah untuk hari guru. Semua last minute baru mintak, mana tak tambah lagi bengkek aku ni...dah la penat, terpaksa kuar lagi utk penuhkan permintaan drg..rasa nak tercabut kaki aku ni..masa tekan clutch, minyak, brek keter tu pun aku cam rasa tak pijak pedal mana-mana dah...melayang-layang rasanya badan aku ni..rasa nak pitam pun ada.

Hmmm...aku bukan merungut ekk tapi cuma nak cakap aje aku penat..bukan apa, kang ada plak yang salah faham kan..eheks..

Banyak lagi aku nak tulis ni sebenarnya tapi memandangkan fikiran aku ni kejab-kejab ke lain, banyak yang aku nak fikir ni..so dari aku melalut ntah ke mana-man abaik aku stop dulu la ekk..(rasa nak jerit aje kat gaung yang tak berpenghuni, biar lega rasa hati ni, uhuksss)


entri pada : 10:46 AM


May 11, 2006


::SELAMAT HARI IBU::



Terkujat, terkejut, happy bukan kepalang..aku dapat bunga..berbunga-bunga jugak hati aku..yayyy....tak tau sape yg bagi..takde nama pengirim, cuma ucapan "Selamat Hari Ibu". Abg?? tak mungkinlah...I know him, hehehee..but sape pun yang bagi, aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat..

Buat mak, Selamat Hari Ibu juga...I love u, mak...rindu.


entri pada : 4:37 PM



::SIBUKNYER...::

Alahai..skarang ni jarang sungguh dapat berlama-lamaan kat umah ni ngan kedai ni..nak updet pun tak sempat walaupun banyak gaks nak citer sampai dah terlupa-lupa..hehehee..

Skarang ni dah dapat bos baru..ehemm..bukan bos baru sebenarnya tapi PM Dr. J, bos pertama aku dulu yang masuk balik jabatan ni. Sepatutnya pengurusan nak buat rombakan tugas staf dan aku sepatutnya dah tak jadik PA sape-sape sebab De*an nak aku stand-by ganti PA dia taim PA dia takde tapi PM Dr. J bersungguh-sungguh nak aku jadik PA dia cam dulu gaks...so, aku cuma ikut arahan aje laaa...mana-mana pun ok..gaji sama gaks kan..ahaks. Actually aku terharu sangat-sangat, bos-bos amik berat gaks pasal aku, walaupun aku sedar ramai staf tak suka aku (baru-baru ni ada staf 'lelaki' sampaikan kat aku, ada staf lain kutuk aku 'gila kuasa', maybe sebab ganti PA De*an, aku...jadik PA bos baru pun aku..tu yang nampak cam gila kuasa kot, hahaha) lantak drg la nak kata apa..asalkan keje aku siap, udah ler kan..jangan kacau aku lebih-lebih ok la...cuit-cuit sikit aku no hal punya..ahaks.

Ok la..malas nak citer pasal hal kat opis..sampai aku berenti pun tak abis-abis kot sebab dah dekat 9 tahun aku kat sini macam tu la jugak peel manusia ni..Ph.D non-stop! abg ada gaks nasihatkan aku, jangan bangga sangat kalau bos dah percaya tu dan jangan pedulikan apa org nak kata..kena buktikan yang keje kita sempurna...hmmm...betul nasihat abg tu, kan....


SERBU BOOTH POWER ROOT


AKO yang sweettttttttttttttt sgt, ahaks..


Lupa plak nak citer pasal JOM HEBOH kat Teluk Danga..ahaks..Teluk Danga??? Sungguh tak glamer nama tu..apa salahnya sebut Danga Bay..tu kan nama khas, kan...

Sejak dari SURE HEBOH, aku tak pernah berkesempatan nak pegi..ada jerk hal..mabuk pregnant la, jalan jammed giler la..tapi bila TV3 buat kat Teluk Danga ni barulah aku dapat pegi, itupun sebab anak-anak merengek kat papa drg..kalau aku yg merengek..kirim salam la dia nak pegi..huhuhuu..

Puas hati la gi JH ni..aku dapat salam ngan Rosyam Noor walaupun Rosyam takut2 nak salam ngan aku sebab masa salam aku tu dia dok pandang abg, hahahha...hensem la Rosyam..tak nampak 'tua' pun ekk...dapat jumpa Linda Onn yang aku rasa dia ni mmg sombong gaks la, ahaks.. jumpa Adam AF yang cam terkejut nampak Wawa (Adam 'phewittt' kat Wawa tuu...), jumpa Felix yang cute, Marsha yang cantek dan Farah AF yang peramah...

Pas tu aku tergamam la jumpa Azizah Ariffin yang cantek sangat tu sampai terlupa nak salam...dan aku tak sempat nak tegur Ako Mustapha walaupun dia cuma kat depan mata aku jerk..sempat snap gambar dia secara dekat tapi tak sempat nak salam ngan dia sebab masa dengan artis dah abishhh...hensemnya Ako...huhuhuuuu..

Hmm...ramai gaks la aku jumpa tapi dari jauh jerk cam Amelia (sempat wawa mintak autograf dia tapi kakak suh buang kertas tu sebab dia kata Amelia conteng2 aje, hehheh), jumpa Norazlina Redzuan, Adi Putra yang aku nampak cam nak pengsan, Hazami yang tergedik-gedik 'buang' poskad utk peminat bawah stage, Farah Fauzana yang biasa-biasa je, Tini 3R yang tak macam kat TV..cantek sungguh Tini tu ekk..rasa nak cubit-cubit jerk pipi dia, hehehee...Juliana Banos yg aku nampak dari jauh dengan ramahnya layan peminat..lawo la Jun tu ekk...dan ramai la lagi yg aku tak ingat sbb tak eksited nak jumpa, ahaks.

Panjang gaks entri aku kali ni ekk...terasa panjang sebab dah penat gak menaip ni..hehehehe...ok, nak wat keje..pas ni bila la plak aku bleh updet blog ni..sesambil tu kalau ada masa jenguklah jugak kedai aku ni ekk, hehhee...promotttttttt gitu.


entri pada : 9:18 AM


May 03, 2006


::APA NAK DIKATA??::

Berapa hari dah aku tak updet blog ekk..hari jumaat aku cuti coz mak abg takde. Walaupun adik2 abg dah 'baik' nak tolong jagakan Naufal tapi disebabkan Najwa plak asthma, aku tak sampai ati plak nak tinggalkan drg..sabtu plak cuti, melepak melepek kat umah aje, hehehee..ahadpun cuma pegi tgk umah baru, malam gi berbarbeque kat umah mak cu abg (tak puas makan ayam, udang, ketam wooo. Isnin plak cuma gi Maidin (semata-mata nak beli brooch..sejak ada anak dara dah pandai melawa ni, brooch selalu ghaib)..

Apa nak dikata ekk?? Minggu ni nampaknya aku bz sket la sbb kena ganti PA De*an yang cuti. Mmg la ada yang tak suka aku ganti PA De*an ni..aku tau aku tak layak pun....tapi dah itu arahan De*an sendiri, De*an dah bagi arahan, dia nak aku gaks ganti kalau PA dia cuti..nak wat cam ner, kan..kang tanak ikut ada yg kata aku berkira kerja plak..sedangkan masalah kecik macam giliran bertugas kat kaunter pun bleh dijadikan 'berita' utk De*an...nasib baik la De*an baik gak la ngan aku..tak terima bulat-bulat apa org kata tapi org yang dok komplen aku tu mmg aku tak sangka..susah ekk nak tau hati budi org ni..dah banyak kali aku kena..hmmmm...tak apalah, janji aku buat keje aku....Kenapa De*an baik ngan aku?? No komen....akupun tak tau...bagi aku, kalau org baik..aku laaaaagi baik tapi kalau sekali aku terkena, aku akan ingat sampai mati!! Memanglah, telinga aku ni dah naik bernanah aku dengar macam-macam versi org kata tapi malaslah nak gaduh-gaduh cuma sesekali aku 'smash', sape terasa tu nasiblah kan..aku cakap yang betul.

Semalam gaks, aku terpaksa luahkan semua kat De*an sbb dah De*an tanya...tak tau la kalau De*an percaya cuma kat depan aku jerk, mcm yg ada staf-staf bagitau tu..yang penting, aku dah luahkan apa yang terjadi bagi pihak aku dan terpulang sama ada De*an nak ingat atau lupa terus..

Sebenarnya aku tak selesa ngan keadaan ni..aku tak suka benda kecik nak diadu domba kat De*an tapi dah org mulakan, aku terpaksa pertahankan diri aku dan aku hargai De*an tak terima bulat-bulat apa org kata..susah ekk...bising/cakap belakang rupanya lebih bagus dari yang suka terus terang cakap apa yang betul, apa yang tak betul..walaupun De*an kata dia sokong cara aku, tapi siapa nak percaya, kan..siapalah aku ni....

Entahlah, banyak pengajaran yang aku dapat selama hampir 9 tahun bekerja kat sini..tak semua yang baik itu kawan..dan tak semua yang tak baik itu lawan..cuma dalam fikiran aku ni dok pk..apalah guna ada ilmu dunia tinggi melangit, apalah guna mulut manis bermadu, apalah gunanya segala kebaikan yang ditunjukkan kalau hati tak pernah bersih dari sifat dengki??? Ahhh...malas aku nak fikir..selagi boleh sabar, bersabarlahhhhh..kannn...


entri pada : 2:49 PM


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com