.:EMPUNYA BLOG:.
NANINA HAMDAN [nina]
NANAMI AIZAWA
Lokasi : Johor Bahru
Besday : 1 Oktober 73
Status : Mama kpd
Nina Faizuin Nurain, Nina Filzah Najwa & Faiq Naufal
My Textamerica
My Fotopages
My WebShots


.:MESEJ:.


KENANGAN TERINDAH

.:BLOG SELEBRITI:.
Ako Mustapha
Afdlin Shauki

.:BLOG GENG JURNAL:.
abrar| ady| afxzal/pak bear| ana| angah| apai| aqil| atoi| ap avuacool| ayaka| ayares| ayobkelubi| ayue| azwa| banai| basri| bean| bukanakukata| cempakabiru| cik daun| ct_cute| ctzie| delimalin| dona| EP| e-1| haiza| jamri| juita| kak gee| kak ngah| kak seriadriani| kak sridiah| kak ungku| karip| kurekuresakti| langsatz| lapan| lenz| liza| mak andeh| mal| man moncang| mar| mat jan| MBA| melor| mely| merryhearted| mushroomcute| nana| ND| nesloice| nett| nida| nis| noret| nur khairiah| OP kembara| petz| pnut| pulut bakar| putera KL| purbe| riz| rosram| salina| salji| sayangmama| sepai| sultan muzaffar| superdiman| tembikai22| the7asmann| tini| tipahvogue| tok rimau| tokei pajak| w1r4| walids| wkdin| yaabbna| yadziz| zareda| zino| zhoulsz zuraien| zurie|

.:YM!:.

.:BUKU TAMU:.
TuLiS2 | BacA

.:DIARI:.
BLOG 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
October 2006
January 2007

.:PAUTAN:.
GENG JK

Image hosted by TinyPic.com

Image hosted by TinyPic.com

tetamu
Free Web Counter
TQ

Image hosted by TinyPic.com

July 29, 2005


::CERITA LAMA::

Tak de idea, tak de mood nak menulis. Bukak blog lama. Dulu ingat tak mahu ingat lagi apa yang penah dituliskan tapi bila baca balik, ianya penuh kenangan, kiranya Naufal membesar bersama blog yang aku tuliskan. Suka duka tercatat di sini, dan insyaallah akan aku teruskan aktiviti di alam siber ini.


entri pada : 4:29 PM


July 26, 2005


::MAKAN....MAKAN::

"Kata nak diet?" [ikon ym urut-urut dagu]

Bila malam jerk, perut aku asik lapar jerk. Pedih menikam-nikam rasanya. Sekarang ni lagi, kemaruk makan tomyam ngan nasik goreng cina seafood. Kelmarin, malam semalam, malam tadi makan lagi. Maybe malam ni aku ajak abg gi makan menu yang sama gaks lagi. Perghh...baper banyak kolestrol masyuk daaaa...tapi takpe kot, bleh cover sbb ada amik ala-ala 'jamu' gitu, ahaks.

Tengahari tadi, tgh dok pk nak makan apa....2nd bos aku call ajak makan Sushi. Dah lama dia asik ajak tapi bila dengar sushi, rasa kembang jerk tekak ni. Memandangkan 2nd bos aku ngan assistant dia dah ada kat sushi king kat jusco tu, aku ngan member opis gi jugak ke sana. Lama gaks kitaorg nak terima apa yang 2nd bos cadangkan untuk menu pertama kami. Last-last bos pilihkan ikan salmon, nasi ngan soup. Bleh tahan gaks sedapnya tapi kalau aku sesajer nak gi melantak sushi tu kena pk banyak-banyak kali gaks sebab tadi kitaorg makan untuk 4 orang jerk pun jejak RM150, beb....

Sekarang ni aku rasa lapar balik!! Erks, makan...makan....makan....

Dalam 2 - 3 hari ni aku tengah dok belek-belek brosur Beautiful @ Premium Beautiful....tgh dok pertimbangkan sama ada nak beli atau tidak. Mahal, beb....lebih RM2k tu..... kakak yang promote mende ni kat aku dok racun jerk plak :P


entri pada : 4:07 PM


July 25, 2005


::HUJAN ooOOoo HUJAN::



Semalam abg dah janji ngan bebudak nak gi piknik lagi kat Starhill. Aku malas nak gi sbb aku rasa cuaca tak sesuai tapi abg ajak jugak. Pukul 10.30 pagi, keluar rumah, bekfes dulu, pegi repair kasut, baru gi Starhill. Sampai sana dekat pukul 12 tghari. Baru jerk jejak kat air, ujan mula turun rintik-rintik. Sempat la snap 2 - 3 keping gambar dan bebudak tu naik slide 2 - 3 kali pas tu terus hujan lebat. Kesian bebudak tak puas mandi manda. Hmmm...rugi jerk bayar. Nak balik tu sesajer aku tanya abg-abg guard tu

"cam ner ni? dah bayar tapi tak sempat nak mandi" aku saja-saja tanya....

"tak sempat mandi? tu dah basah tu?" abg guard tunjuk anak-anak aku

"memang la basah tapi baru jerk cecah air"

"ok la, boleh la amik duit balik....gi opis yer, nanti saya call opis"

Sampai opis ngan basah kuyup,

"akak nak amik duit balik ekk?"

Aku sengeh....lega dapat duit balik, kalau tak rugi wooo dah bayar mahal-mahal tapi tak bleh nak mandi puas-puas :P


entri pada : 5:03 PM


July 22, 2005


::TOM YAM NYUM NYUM::

"tunggu kat umah ekk, kita kuar makan" abg call setibanya aku kat umah mak mentua

Sampai umah pkl 6 lebih, tunggu....pukul 7, pukul 8, pukul 9.....abg tak sampai-sampai gaks. Perut dah mulakan irama keroncong [tingat ana :P]. Bebudak dah kenyang makan burger, terus tido. Pukul 10 baru abg balik. Mandi, pukul 11 baru kuar makan.

"rasa nak makan siakap steam" [gara-gara ND asik citer pasal seafood bagan lalang :P]

Sampai restoran, nampak gambar tomyam yang mengancam......

"tom yam seafood ngan nasi goreng cina" nasi goreng cina pun penuh seafood. Best!

Perghhhhhh.....sungguh mengancam tomyam kat singgah selalu. Hilang kempunan seafood :P.


entri pada : 4:32 PM


July 21, 2005


::TAK BAIK LOKEK-LOKEK, TAU!!::

Macam entri aku yg lepas pasal 'susah senang sama-sama', abg paling utamakan adik beradik dia walaupun dia susah cam ner pun, walau adik beradik dia taim susah jerk carik abg. Nak dijadikan citer, pagi tadi masa aku call abg, abg tgh kat bank sbb nak bank in RM untuk kakak dia. Kebetulan aku call abg nak bagitau susu Naufal dah nak abis....aku bengang kat abg sebab taim2 tgh blom gaji cam ni, dia bleh pinjamkan RM kat kakak dia plak. Lunch tadi aku masih bengang tapi abg pujuk aku

"tak baik lokek-lokek, tau!!"

"memang la tak lokek tapi blom gaji kan....tu sure tak bayar!"

"tak apa...ntah-ntah ada rezeki lain untuk kita, kalau dia ada bayarlah...kalau tak bayar pun tak apa...."

Aku tersenyum gaks. Bangga ngan sikap abg yang satu ni, tak lokek....tak berkira. Lepas lunch, tergerak ati nak check RM dalam akaun....dengar kata dah dapat dividen.
Alhamdulillah, berdouble triple gaks aku dapat dari apa yang abg pinjamkan kat kakak dia. Betul cakap abg, tak baik lokek-lokek :P


entri pada : 2:30 PM



::NINA FAIZUIN NURAIN::

"Mama, kakak masuk nyanyi-nyanyi macam Malaysian Idol kat sekolah. Saper nak masuk kena bayar 50 sen, kakak nyanyi lagu Cobalah Untuk Setia" tersipu-sipu gaks kakak nak citer kat mama

"Cuba nyanyi sket, mama nak dengar" mama kerut dahi, tak percaya Nurain boleh nak nyanyi :P

Macam-macam sekolah skarang. Teringat masa dok lepas tunggu SRP dulu, bila sekolah nak adakan telentime, ramai student yang alim-alim membantah. Aku dok atas pagar jerk sebab tak lah alim pun dan tak la minat nak nyanyi-nyanyi nih :P

-------------------------------

::NINA FILZAH NAJWA::

"pokok klapak...pokok klapakkk" tu jerk yang dia hafal, teruk gak demam AF anak dara aku nih :P

"Mama, hari sabtu nanti kita nak tengok Akademi Fantasia kat mana?" aiyooooo....

------------------------------

::FAIQ NAUFAL::

Mama sampai jerk umah tok dia, "alik aaa...alikkk" cepat jerk terus ajak balik.

Sampai umah jerk, "yeng aaa yenggg" tolak mama suh baring

Sebelom menyusu, "yam aaa yammm" adehhhhh....ada ker suh mama diam!! :P

Rindu aarrrr kat dorang!


entri pada : 12:05 PM


July 18, 2005


::APA YANG DILETIHKAN EKK?::

Cuti minggu ni tak ke manapun. Ingat hari sabtu nak mendobi tapi hujan pulak, nak kemas umah rasa malas ya ampun so aku 'membuta' la, apa lagi? sampai anak-anak dah start bergaduh untuk amik perhatian aku, baru aku bangun dalam kol 11 lebih, hehehee....baru jerk bangun, adik abg dah sampai nak ajak gi umah mak so aku bersiap la lebih kurang patut. Sampai umah mak, mak dah siap masak tapi perut kenyang lagi sebab seblom adik abg sampai dah pekena maggi dulu :P. Boring-boring sembang, aku sambung 'membuta' lagi, hehehee....[baik punya menantu nih :P]. Pukul 5.30 baru aku bangun, bangun jerk terus carik makanan kat dapur, hehehee....

Malam, tengok AF....waaa....aku sudah demam AF la, beb. Abg call ajak balik, aku kata tunggu AF abis pukul 11. Abis AF, tunggu abg tak sampai-sampai, rupanya abg tertidur kat umah, ampesh!! Dah lama aku tak bermalam kat umah mentua so malam tu aku ngan anak-anak 'terpaksa' la bermalam kat sana tanpa abg, huk..hukk....

Pepagi ahad tu abg dah jemput ajak balik tapi disebabkan dapur gas aku problem sikit [api kecik], lepas kemas-kemas umah, basuh baju, kitaorg gi pasar beli ayam sebab abg nak makan lauk ayam masak lemak cili padi then bawak ayam tu gi umah mak mentua aku, aku masak kat sana. Lepas masak, makan-makan, kemas-kemas dapur, tapau lauk, kitaorg blah balik umah. Sementara abg layan anak-anak yang hok hek manjang, aku mulakan balik xtvt aku 'membuta', hehehee....

Malam, Nurain merengek ajak gi Jusco sebab dia kena beli benang begetah ngan manik untuk subjek Pendidikan Seni. Lepas gi Jusco gi beli getah dapur gas pulak, maybe disebabkan getah tu dah lama tak tukar api kecik tapi hampeh gakk...agaknya mintak aku tukar dapur baru, kot....hmm...nanti la, tunggu aku bernapas sket kang aku tukar ler dapur baru siap ngan oven sekali ekk....

Sampai umah, blom sempat duduk abg dah jadik macam customer kat gerai la pulak oder nak makan malam. Suh goreng telur la tapi bila dah ready, baru satu suap dia kata cam kenyang. Hmmm...nasib baik tahap kesabaran aku kira ok la jugak sebab cukup tido kot...kalau tak??? paham-paham aje la ekk....

APA YANG DILETIHKAN EKK?? aku rasa letih, penat sesangat akhir-akhir ni. Mengantuk jangan citer la....kalau kat opis ni pun macam melayang-layang rasa mengantuknya. Tengahari tadi, taim lunch aku sanggup tak kuar makan sebab nak abiskan sisa-sisa ngantuk ni, nyenyak sungguh rasanya aku tido depan PC ni taim rehat tadi.


entri pada : 4:56 PM


July 14, 2005


::SAMA-SAMA SUSAH SENANG::

Orang kata, cubit peha kiri, peha kananpun terasa. Macam tu jugak aku adik beradik termasuk jugak perasaan aku kat ipar duai. Kalau boleh, susah senang biarlah sama-sama merasa. Kadang-kadang abang long aku seolah-olah nak cerita kat aku yang dia susah tapi aku tau, abg long tanak susahkan aku. Kalau aku tau dan faham pun, apalah yang aku boleh tolong sangat. Pernah aku ajak abang long balik kg tapi macam-macam alasan dia dan aku faham, aku cuba nak hulur RM kalau itu masalahnya tapi abang long tak akan dan tak pernah nak terima punya.

Adik aku pulak, baru-baru ni company dia ada problem so gaji asik tak menentu dengan wife yang tak kerja, dengan anak yang masih kecil lagi dan baru-baru ni aku dapat khabar adik bakal dapat baby lagi. Bukan aku tak suka dapat anak saudara lagi tapi ntahlah....aku terlalu kesian kat adik kot sbb tanggungjawab dia makin bertambah. Adik tak macam along, kalau susah dia cerita jugak dan tak segan-segan terima bantuan dari aku kalau dihulur. Pernah mak cik aku panggil aku sebab terkejut tengok aku hulur RM kat adik masa wife dia bersalin dulu. Mak cik ingat aku ada hutang ngan adik atau adik nak berhutang ngan aku, mak cik aku tambah terkedu bila aku jawab kitaorg adik beradik tak ada hutang-hutang, susah senang sama-sama.

Aku pernah menangis sungguh-sungguh bila adik aku tercerita yang dia terpaksa jual barang terpakai kat tempat kerja dengan izin bos dia la sebab dah tak ada duit langsung. Aku tak tau nape aku sedih sangat sedangkan aku ngan abg penah alami situasi yang sama. Pada aku biar aku susah, tak apa....jangan adik beradik aku susah. Abgpun sama macam aku, dia banyak beralah dengan adik beradik dia walaupun adik beradik dia jarang nak 'ingat' pengorbanan/pertolongan abg.

Semalam kakak ipar aku call, memula dia macam segan nak cakap ngan aku tapi last-last dia cakap gak. Dia nak ajak aku share pinjam bank sebab nak pakai RM, maksudnya nak gunakan nama aku la gitu. Aku bukan tak nak tolong tapi gaji aku dah potong macam-macam so takkan nak kena potong lagi. Ikhlas, kalau aku boleh tolong sure aku tolong. Dalam hati aku ni tak der dendam kesumat pun apa-apa yang penah kakak ipar aku buat kat aku masa zaman kesenangan dia, kesusahan aku dulu cuma aku teringat-ingat jerk laaa....

Sekarang nipun bukan aku senang sangat tapi cukuplah seadanya....sebab tu jugak aku masih bertahan, tahan telinga pakai sang kancil aje walaupun ada suara-suara terutama dari famili abg suh tukar lain. Mmg kadangkala terhasut gak nak tukar tapi nanti la dulu, nafas yang sesak blom lancar rasanya, ahaks.

Kalaulah aku mampu, rasanya tak mahu langsung aku dengar adik beradik aku mahupun adik beradik abg susah. Aku bersyukur punya adik beradik yang tak pernah bersikap "engkau-engkau, aku-aku", maksud aku kami tiga beradik sebab aku terperasan adik beradik aku yang berlainan ayah lain sikit sikap dorang. Ada yang mula berubah bila aku sebagai kakak ni kadang-kadang ada gak bagi bebelan yang berunsur nasihat gitu dan aku bersyukur adik-adik aku yang lain mmg hormat kat aku walau kami tidak sebapa. Cuma aku kesian kat abg, nasib dia kurang baik berbanding aku sebab adik beradik abg yang aku kenal, taim susah cari abg....taim senang, lupa abg....tapi walaupun macam tu, aku respek kat abg ngan satu sikap dia ni laaa....tak penah nak simpan apa adik beradik dia buat kat dia, cuma sekali aku penah dengar abg merungut...."kita tak berkira dengan orang tapi kenapa org berkira ngan kita?" bila aku nak korek lagi apa yang buat abg cakap cam tu, abg suh aku abaikan aje.


entri pada : 1:37 PM


July 12, 2005


::ATUK ABAH, 13 Mei 1936 - 10 Julai 2005::

Sejak akhir-akhir ni aku perasan, aku asik cerita pasal 'atuk abah' ngan kawan-kawan opis dan paling last aku balik kampung bulan Mei lepas aku komen kat mak pasal atuk abah aku yang bukan aje berhasrat nak besarkan lagi rumah yang dah sedia besar tu tapi dengan hasrat dia nak tanam kelapa sawit baru kat kebun entah yang mana satu. [masa aku balik tu aku tengok umah atuk abah tgh dalam proses dibesarkan lagi dan anak-anak pokok sawit penuh kat laman umah mak aku].

"Atuk abah tu ada hati lagi nak tanam sawit baru ngan nak besarkan umah? Hmmm...'sempat' ker mak, atuk abah tu?"

"mak, atuk abah tu banyak sgt kebun ekk....agak-agak kalo atuk abah dah takde nanti cucu dia dapat bahagian tak? ker anak-anak dia yang 14 orang jerk yg dapat ekk?" cabul sungguh mulut aku ni soal cam tu pasal atuk abah aku kat mak walaupun cuma bergurau.

Masa aku balik bulan lepas pun, selalunya kalau taim nak balik JB semula, lepas salam ngan mak atuk, aku cari atuk abah untuk mohon diri nak balik tapi hari tu lepas salam mak tuk, aku cuma tanya atuk abah mana? Bila mak tuk kata ada kat belakang, aku just cakap, takpelah mak tuk....kirim salam jerk kat atuk abah. Pas tu aku balik rumah amik beg nak masukkan dalam keter. Tengah sibuk-sibuk tu aku nampak atuk abah kuar naik motor nak gi kedai kopi la tu. Selalunya jugak kalau aku tak sempat salam atuk abah kat umah, kalau aku nampak atuk abah kat tepi jalan atau kedai kopi kat Pekan, aku akan singgah jumpa dia kejab. Setiap kali aku singgah salam dia depan kawan-kawan dia, aku perasan atuk abah happy sangat sambil kenalkan aku kat kawan-kawan dia. Tapi masa last balik ari tu, bila nampak atuk abah kat tepi jalan tengah berbual ngan kawan dia, aku geleng kepala aje bila abg tanya nak berhenti tak salam ngan atuk? Abg pun satu, bila aku geleng, diapun ikut jerk pulak tak berenti kejab.

Ahad lepas, lebih kurang pukul 7 malam, adik aku Munira call bagitau atuk abah meninggal tapi aku rileks aje sebab tak percaya langsung. Ira call kali kedua, yakinkan aku yang atuk abah betul-betul meninggal, aku tetap rileks walaupun aku percaya. Ntahlah, aku tak rasa sedih sangatpun sebab aku bukan rapat sangat ngan atuk abah. Lagipun atuk abah jenis pendiam dan setiap kali balik kg pun boleh dikira berapa patah perkataan aku bualkan ngan atuk abah aku tu. Hati aku terusik juga bila mak tuk yang keletihan ambil bantal dan baring sebelah jenazah atuk abah. Sedih tengok mak tuk yang kehilangan atuk abah. Pada aku, kedua-dua mereka adalah pasangan yang paling romantik yang patut anak cucu dorang ni contohi.

Kali kedua dalam sejarah hidup aku, aku cium jenazah. Tenang raut wajah arwah abah seolah-olah sedang tidur, kena dengan cara kematiannya, dia minta izin kat mak tuk untuk tidur lepas reda dari sakit perut biasa. Aku tahan airmata ni bila tengok along peluk mak tuk masa jenazah dimandikan tapi airmata yang tak mahu keluar ni tumpah jua akhirnya bila aku tengok mak tuk menangis hiba lepas cium jenazah atuk abah buat kali terakhir. Aku peluk mak tuk sambil sabarkan dia.

Kali pertama dalam hidup aku, aku ikut ke tanah perkuburan. Aku tengok sendiri jenazah dalam liang lahad dan talkin dibacakan. Syukur pada Allah, jenazah atuk abah selamat dikebumikan. Masa urusan pengkebumian, cuaca mmg panas terik tapi aku perasan, yang panas cuma kat tempat kitaorg berdiri. Area kubur atuk jelas nampak redup seolah-olah dilindungi. Aku sempat menoleh ke atas kalau-kalau ada pokok besar yang lindungkan area kubur atuk tapi yang aku nampak sekepul awan seolah-olah melindungi area kubur atuk abah dari terik matahari. Ntahlah, mungkin itu rahmat dari Allah untuk arwah atuk abah. Semoga roh atuk abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin.

Lepas ni kalau balik kg, sure aku rindu gak kat atuk abah bila tengok kereta antik merah atuk, sure akan terbayang-bayang setiap pagi atuk abah akan lap semua kereta anak cucu yang balik ke kampung dan setiap kali atuk abah gunakan bilik air, semua kena hormat, tak boleh buka mana-mana paip pun walaupun kat sinki.


entri pada : 2:52 PM


July 08, 2005


::ENZIMA::

Satu badan Naufal kuar ruam-ruam kasar. Semalam bawak dia gi klinik lagi, dr kata enzima sbb alahan orang yang ada asthma. Dr bagi cream ngan ubat alahan tapi tau aje la Naufal, seksa sungguh nak bagi makan ubat. Aku dapat idea, masukkan ubat dalam air masak suam pas tu bagi kat dia guna penyukat ubat tu tapi dr kata tak bleh plak macam tu, tak berkesan la ubat tu. Kesian dia malam tadi tak boleh tido coz gatal. Asik menggaru dan merengek pedih....pedih. Kulitpun dah nampak tebal dan kasar. Risau kalau anak sakit, kalau boleh biarlah aku tanggung sakit anak-anak nih. Tengok la, kalau esok lusa masih tak kurang, ahad ni aku bawak dia gi pakar kulit aje.

Semalam kat klinik, lepas daftar aku dok depan bilik doktor sambil menahan migrain nih. Ada patient lelaki terdengkut dengkut kuar dari bilik dr ngan seorang budak pompuan yang comel sangat-sangat. Patient tu dok selang sebuah kerusi kat sebelah aku. Aku perasan patient tu dok renung aku tapi bila aku toleh, dia tengok lain plak. Akupun tgh sakit kepala so malas nak layan sgt tapi masa amik ubat, patient tu tengok aku lagi then akupun tengok dia gak. Hmmm....macam kenal tapi macam tak kenal. Bila dia dah kuar, aku intai-intai kat reception tgk rekod dia. Laaa....ex-schoolmate aku rupanya, best friend x bf aku la dulu. Hik...hik....patut la dia sik tengok-tengok. Agaknya dia heran kot tengok saiz aku sekarang pas tu ngan anak-anak aku yang takde iras best friend dia, heheheee....

Sampai umah, Nurain bukak cerita pulak depan papa dia

"mama, tadi kat klinik org lelaki yang sebelah mama tu asik tengok mama aje tapi bila mama tengok dia, dia toleh tempat lain"

"ooo...tu kawan sekolah mama dulu tapi mama lupa dah muka dia"

"mama tak citerpun kat papa? citer la kat papa tu"

"tak yah la...papa bukan kenal, papa bukan satu sekolah ngan mamapun"

Takde respon pun dari papa coz masih moody, ayoyoooo....


entri pada : 12:13 PM


July 07, 2005


::SORANG::

Tetiba terasa macam sorang-sorang jerk sekarang ni. Opis dah gelap, pandang kiri kanan takde orang. Teringat-ingat apa yang aku buat untuk ilangkan debar tadi, lagi terasa sorang-sorang jerk. Abg pun moody, tetiba senyap sunyi. Selalu taim lunch dah datang ajak lunch tapi takde pulak hari ni. Nampaknya aku sorang-sorang jerk la ari nih.... :(


entri pada : 1:43 PM



::DEBAR BERDEBAR::

Dah lama tak rasa berdebar-debar cam nih. Malam tadi lagi la sangat, lagi aku ingat-ingatkan lagi berdebar semacam. Pagi ni, sampai opis, lagi aku rasa 'nekad' lagi la berdebar, last-last aku nekad gak buat apa yang aku ingat nak buat tu. So, aku dah buat dan legaaaaa....ilang dah rasa berdebar-debar tu, hehehee
______________

::NAUFAL ooOOoo NAUFAL::

Hero kecik aku tu skarang dah pandai nak bercakap tapi dia mik ujung-ujung ayat jerk. Dah pandai nak mengadu, cara mengadu tu macam iya-iya jerk ngan muncung-muncung tu tapi dah last ayat baru aku paham, hehehee. Yang kelakar tu, kalau gaduh ngan Najwa, dengan bersungguh-sungguh dia cakap "doh...dohh...". Memula aku ingat dia cakap 'gaduh', rupanya dia panggil kakak dia 'bodoh'. Aku perasan maksud tu masa wawa balik mengaji.

"hah, tu kakak wawa balik tu"

Naufal terus lari ke pintu sambut wawa sambil cakap ngan lembut....

"doh, lik doh...doh lik" muahahhaaaaa.....tapi pas tu aku marah la gak...."takmo cakap kakak bodoh tau. Ni kakak, panggil kak wa"

"doh...dohhhh" adeiiii...makin jadik plak...tu la wawa, ganaz sangat ngan adik. Ayat 'bodoh' tu pun aku rasa keluar dari mulut wawa ler tu, tu yang adik dia ikut.

Lagi satu ayat yang buat aku sejuk ati bila tengok Naufal....

"ma, dik yang ma" dia buat flying kiss kat aku, perghhh....terenti kejab degup jantung aku.

Masa gi famili day ari tu, Naufal baring sambil posing letak tangan kat kepala. Dia cakap kat opismate aku yg tengah pegang kamera, "ba pat ba" banyak kali dia cakap cam tu sambil senyum simpul. Memula kawan aku blur, akupun tak paham.....rupa-rupanya Naufal suh kawan aku tu amik gambar dia, hahahaa....bukan main lagi hero kecik tu.


entri pada : 12:32 PM


July 06, 2005


::'BANGUN' TIME::

Susahnya nak kejutkan Najwa bangun pagi-pagi. Ada jerk alasan dia tanak gi sekolah. Cikgu marah la, kawan kacau la....mana cikgu tak marah, 'baik' sangat!! Ayat selalu aku pujuk dia bangun pagi....

"Bangun la wawa....mama dah lambat ni. Kang mama kena berenti keje, tak dapat gaji. Kalau tak de gaji macamana nak belikan wawa scooter, beg, colour, bla bla...."

Pujukan aku diterima untuk beberapa kali tapi semalam wawa komplen.....

"asik-asik cakap tak ada gaji aje!!!"

Pagi tadi, abg bagi RM untuk bayar yuran Najwa bulan ni. Not RM50 yg masih tegang-tegang 4 keping, not RM10 merah-merah 4 keping....aku masukkan dalam sampul surat depan Najwa yang aku rasa masih nyenyak tidur.

"Mama.....duit apa tu??"

Amboi, bau duit aje terus bangun anak bertuah nih.

"Duit ni nak bayar yuran sekolah wawa ler...banyak ni tau, kalau wawa tanak sekolah tak apa...duit ni mama boleh beli baju mama banyak-banyak" aku tunjuk-tunjuk duit tu depan dia.

"Wawa nak sekolah la ni....nanti wawa yang bagi pada teacher, tau duit tu mama" Najwa terus bangun dan mandi.

Hari ni tak banyak kerenahnya sebab lepas tu aku lecture dia susah payah cari duit ni untuk sekolahkan dia kat sekolah yang 'terbaik' kat JB ni walaupun hanya tadika sahaja. Aku bukan nak bermegah hantar anak-anak aku kat sekolah yang boleh dikatakan agak mahal tapi untuk anak-anak, aku mahukan yang terbaik. Apa yang aku bagi kat anak yang sulung, yang kedua dan ketiga pun insyaallah akan aku bagi yang sama selagi aku ngan abg mampu dan terdaya. Yang penting, semua atas usaha kami asalkan tak menyusahkan sesiapa.


entri pada : 1:31 PM


July 05, 2005


::CERITA FAMILI DAY::

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Sabtu lepas, pepagi dah bersiap coz semua kena berkumpul kat opis pukul 8 pagi. Aku sampai lambat 15 minit, kelam kabut tengok 2 bas dah menunggu dan dorang semua tunggu aku bukak bilik sumber untuk ambil hadiah-hadiah telematch yang akan dibawa ke PD.

Sampai jerk Tiara Beach Resort dalam pukul 2.30, terus check-in dan rehat-rehat. Geram coz tak bleh nak rehat langsung, anak-anak merengek nak ajak gi mandi manda sebab dorang dah geram tengok air. Pukul 4.30 baru turun gi acara telematch. Acara agak kelam kabut sebab bebudak dah tak der mood nak join telematch, dorang lebih teruja tengok air yang dah melambai-lambai dorang sejak dari sampai tadi. Ada gak acara yang tak berjalan mengikut jadual coz kesuntukan masa dan peserta yang asik menghilang. Abg sendiri hilang coz melayan Naufal yang dah kemaruk nak berkubang dalam air.

Pukul 8 malam, kami sekeluarga dah sampai tempat acara lucky draw dan makan malam diadakan. Aku rasa kali ni la tempat yang paling teruk dalam banyak-banyak acara coz majlis kami ditempatkan di dapur berdekatan ngan toilet resort tersebut!!! dengan kerusi meja yang tak beralas langsung ala-ala kat gerai, aku rasa macam resort tu pilih kasih pulak. Group lain dorang bagi tempat yang best-best siap ada perhiasan tapi group kitaorg, alahaiiii....dah la orang asik lalu lalang nak ke toilet, krew dapur asik ulang alik masuk dapur, tak de privacy langsung!! backdrop yang tertulis majlis kamipun ditampal kat dapur cafe tu jerk. Aku suh member opis ambil gambar banyak-banyak untuk kami komplen nanti. Bayar dah la mahal, macam tu aje dorang sediakan...macam melepaskan batuk kat tangga aje. Acara malam tu mmg yang paling simple coz semua dah takde mood. Nasib baik tak ramai bos yang pegi, so tak la kami risau bos-bos tak selesa bila majlis dibuat kat tempat yang macam hampeh tu!! Majlis tahun ni jugak yang paling cepat habis so lepas abis majlis sempat la kitaorg dok lagi kat 'dapur cafe' tu buat meeting ala-ala 'post mortem' gitu, apa yang pengurusan resort tu dah aturkan untuk kami!!

Pagi Ahad, lepas breakfast [kali ni baru la dorang bagi tempat makan yang selesa, berbanding malam tadi], semua dah tak sabar-sabar nak mandi manda sakan. Start pukul 9 pagi, sampai pukul 12 tghari pun anak-anak aku masih blom puas. lepas penat melayan anak-anak mandi manda, aku berkemas pulak untuk makan tengahari dan check out. Sambil berkemas, tengok hp ada 2 msg.

"pompuan gila kuasa si n*** dapat apa, kak?" seorang kakak kat opis yang tak penah join famili day hantar msg tu kat aku. Maybe dia salah hantar, nak kutuk aku tapi terhantar kat aku!! Msg kedua, "sori salah sent, tadi nak sent kat pompuan gila kuasa si s** tapi terhantar kat ko. Saja akak nak tau ko dapat hadiah apa?" aku mula pelik
ngan ayat cover cik kak tu!! dah salah sent kutuk aku, nak cover salah dia, dia bleh kutuk balik best friend dia!! org cam ni pun ada kaaa??? ingat jadik AJK hadiah nih best ker???

Terus tak de selera aku nak lunch!! abg pun geram....pas ni abg kata tak yah jadik AJK apa-apa pun!!

Teruk gaks jadik AJK hadiah nih coz dah la kat sini kena memikirkan apa hadiah yang nak dibeli mengikut bajet, gi beli hadiah, bungkus, bla bla bla...sampai lokasi famili day, nak kena angkut gi tempat acara dibuat, pas tu tak bleh rilek-rilek tengok org amik hadiah coz kena bertugas plak kat stage, hulur hadiah yang akan disampaikan oleh bos. Kesian gak tengok abg yang dok melayan anak-anak sambil makan sorang-sorang kat meja.

Semalam aku tak keje coz kepenatan, tambahan pulak anak-anak tak berapa sihat. Kakak macam nak semput, Najwa kena cirit birit, Naufal plak satu badan kena ruam. Pukul 10 pagi, cik kak yang kononnya salah sent msg kat aku call mintak maaf. Pot pet pot pet dia membebel meng cover kesalahan dia tapi aku malas nak layan. Aku iyakan aje, walaupun geram....ahhh....buat tak tau jerk laa...org macam ni kalau layan lagi sakit kepala. Dah lapan tahun aku keje kat tempat yang banyak kerenah ni, aku rasa aku dah 'kebal'. Kalau lapan tahun dulu mmg la....sure aku nangis tak henti-henti kena kutuk cam ni!


entri pada : 9:20 AM


July 01, 2005


::KAWAN::

XYZ yg aku penah citer terserempak kat tempat keje aku nih coz dia tenan baru kat sini tu, call aku lagi. Dia mmg banyak urusan ngan pengurus aku....

XYZ : awak, awak cakap ngan pengurus awak kita nih kawan????

Aku : yer la...kita kan kawan sekolah dulu

XYZ : mana awak satu sekolah ngan saya, cam ner plak awak kata kawan sekolah???

Aku : err..tak bleh kata kawan sekolah ekk...kalo gitu kawan library la..bleh???

XYZ : ooOOOooo.....kawan aje ekk?? kita kawan aje ekk dulu??

Aku : iskhh...bukan kawan ker? abis apa?? kita kawan cam ner ekk dulu???

Muahahaha....konpius kejab aku, tapi yang sejujurnya semua yang dulu-dulu tu 'kawan-kawan' sahaja, takde yang aku dok feeling-feeling melainkan 'my first love', yang tu tetap aku simpan dalam-dalam sebab tak bleh nak buang jauh-jauh, ahaks. [degilnya aku!!!]

p/s : Esok ngan lusa aku akan ke Tiara Beach Resort, Port Dickson.....pas ni aku bleh la rileks sket setelah seminggu ni mabuk ngan hadiah-hadiah untuk famili day opis nihh.


entri pada : 1:13 PM


Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com