May 19, 2006
::NOSTALGIA BOYFRIEND Part 2::
Hmm..dua hari sibuk ngan bengkel kat Pulai Springs (lagi), tak sempat nak sambung stori, hehehee..
Susah dan penat gak main kayu tiga ni. Nak kena banyak strategi, pas tu nak kena jaga hati dua-dua sekali. Memandangkan hubungan aku ngan abg makin erat sebab dekat, hari-hari abg amik aku balik keje malam-malam, aku rasa kesian dan sayang plak kat abg. Tambahan pulak, Zs jauh..walaupun Zs rajin utus surat kat aku tapi ntahlah, maybe sebab mmg JAUH alasan paling tepat pas tu aku asyik terkenang apa yang penah Zs buat kat aku masa form 5 dulu buat aku ada rasa dendam jugak la. Akhirnya masa aku balik cuti nak raya haji, aku nekad putuskan hubungan aku ngan Zs. Aku pilih abg. Mmg Zs frust sangat-sangat tapi aku rasa itu keputusan terbaik aku setakat itu,lagipun aku masih dipengaruhi dendam pada Zs dan aku rasa aku tak setaraf Zs yang bijak pandai sedangkan aku cuma seorang cashier kat KFC aje.
Putus aje hubungan aku ngan Zs, tak lama pas tu abg plak buat hal. Rupanya dalam diam abg pun main kayu tiga gaks. Abg kata dah clash ngan girlfriend dia tapi rupanya abg tipu aku jerk (aku percaya sebab masa aku buang gambar girlfriend abg kat sungai segget, abg diam aje :P). Abg tak bagi aku apa-apa alasan pun dan abg terus senyapkan diri. Tak amik aku balik kerja lagi, tak call aku lagi..masa ni aku rasa mmg padan dengan muka aku ni sebab salah pilih. Patutnya aku hargai Zs yang paling lama aku kenal, patutnya aku percaya atas keikhlasan Zs...
Lepas dah tak de boyfriend (lagi), akupun rasa bebas berkawan. Aku baik ngan sorang abg kat KFC gaks..abg Aa tapi biasalah aku, bila org mula nak cakap pasal perasaan, aku akan jauhkan diri walaupun abg Aa cuba amik ati aku ngan bagi bunga la, perfume la tapi itu bukan aku. Aku pulangkan balik semua tu dgn cara baik. Aku rasa aku baik ngan abg AA sebab dia banyak mintak pendapat aku untuk dia berubah (dulu dia ..ntahlah, kat lengan dia ada tatoo). Akhirnya abg Aa jauh gaks ngan aku bila dia dah jumpa girl lain, hehehe
Pas tu bila aku cuma part time aje kat KFC tu, aku baik ngan Sy plak. Mulanya aku ingat Sy ni macam adik-adik aje sbb dia ni cam manja sket tapi rupa-rupanya sebaya ngan aku. Agaknya aku layan sangat 'manja' dia tu, tu yg buat Sy ada perasaan kat aku. Banyak kali Sy cuba luahkan tapi aku sengaja elak-elak sebab aku tanak terikat ngan sesape lagik. Cukuplah ada rasa bersalah teramat sangat pada Zs yang buat aku rindu sangat kat dia dan cukuplah aku frust ngan abg.
Dalam pada tu, ada sorang abg akauntan yang selalu singgah kedai tempat aku keje rupanya ada hati kat aku..hahahaa..mulanya aku tak perasan tapi bila kakak senior kat kedai tu cakapkan bagi pihak abg tu barulah aku tau. Naper la aku tak perasan ekk..patut la setiap kali abg Zl shopping baju keje dia kat kedai aku, mesti tanya pilihan aku dan tetap beli walaupun aku tau dia tak berkenan sebab aku pilih asal boleh aje, hehehee..pas tu penah abg Zl ajak aku temankan dia gi shopping dan setiap apa yang aku pegang dan tengok dia nak belikan tapi sorry, itu bukan aku..aku tanak jadik pisau cukur cap ketiak ekk..hahahha..tapi terlepas gaks sepasang sandal yang mmg aku nak beli dan abg Zl dah bayarkan..sebab nak 'lari' dari abg Zl, aku terpaksa 'tipu' yang aku dah ada boyfriend dan aku tunjuk Sy sebagai boyfriend aku. Tindakan aku buat abg Zl frust dan terus berhenti keje, pindah KL..abg Zl cuma tinggalkan sehelai tiset merah untuk aku tapi aku bagi mak cik aku tiset tu sbb tanak terima hadiah dari org..takutttt...tak lama lepas abg Zl gi KL, aku dengar dia dah jumpa girl yang sesuai dan dah nak tunang pun...masa tu umur aku baru 18, sedangkan abg Zl dah 25 tahun..aku rasa mmg patut dia kawin dulu sbb aku ni 'budak' lagi, kan..tak terfikirpun pasal kawin tunang ni.
Hubungan aku ngan Sy rapat gaks la tapi aku cepat boring coz Sy ni manja sangat, sikit-sikit nak majuks. Lama pas tu baru aku dapat tau, Sy ni rupanya rumah dia sebelah rumah ex boyfriend aku masa form 5 dulu, ZdC..Sy dulu sekolah kat asrama penuh, tu yang aku tak penah nampak dia langsung, hehehehh..tapi Sy ni cam 'liar' sket dan aku tak suka coz dia suka ajak aku gi disco..hampir-hampir gaks aku terpengaruh tapi bila ingat muka bak aku aje, ohh..tidakkkkk...hahahhaa...sebab nak jauhkan diri dari Sy, aku terima la idea kakak angkat aku yang kenalkan aku ngan kawan dia, abg Ar. Ngan abg Ar ni aku suka-suka aje layan sbb aku tau la abg Ar ni suka kat adik angkat dia tapi adik angkat dia dah ada bf..kiranya aku la yang buat drg tu kawin sbb adik angkat abg Ar tu jeles sungguh bila aku jadik girlfriend abg angkat dia kejab, hehehe...
Teruk betul aku kalau diingat-ingat ekk..aku pernah terperangkap dan 'matikan' diri kat umah sebab dua tiga orang ajak aku kuar serentak..ada yang bagi bunga masa valentine yang buat aku jadik takut..kira masa ni saham aku mencanak sungguh coz ada ex classmate Zs dulu pun siap datang JB carik aku, nak kawan ngan aku sebab dia dapat tau aku ngan Zs dah clash. Hmm..nama aje ramai nak kawan tapi hati aku tetap tak leh terima..dalam hati aku sebenarnya cuma ada Zs sorang aje..tapi aku malu nak contact dia balik.
Satu hari tu, aku beranikan diri hantar surat kat Zs..mintak maaf sebab aku rindu sangat kat dia. Tapi setiap kali aku baru nak baik ngan Zs, mesti ada jerk lagi hal..masa ni, abg jumpa aku balik. Abg bagitau, dia senyap sebab ramai kawan-kawan team bola dia marah dia sebab amik girlfriend kawan..(rupanya abg ngan ZdC pernah satu team bola sepak), pas tu kawan baik abg yang jugak ex classmate aku, bagitau kat abg yang aku ni sebenarnya pompuan 'baik-baik'...bukan cam yang abg sangka/tengok dari segi dressing maut aku ketika tu...ahaks. Mana tak kawan abg puji aku..masa aku dok sekelas ngan dia, bercakap ngan dia pun aku tak pernah..hehehehee..mana plak aku tak pernah cakap ngan dia, si R ni pendiam sangat-sangat. So, kiranya abg nak berbaik ngan aku la..abg 'umpan' gaks adik pompuan dia suruh rapat-rapat ngan aku..hehehehee..mana tak aku terharu, abg kata dulu dia nak kawan ngan aku sebab sahut cabaran kawan dia, suruh test aku tapi bila selama clash ngan aku, baru abg sedar dia pun suka sangat kat aku tapi segan nak contact balik. Sejak abg kantoi, ngan ex girlfriend dia tu pun dia tak contact gaks lagik.
Memandangkan dah terlanjur aku contact Zs balik dan Zs pun dah balas, dia maafkan aku dan serentak juga abg datang balik...mula lah lagi aku main kayu tiga secara serius balik. Kali ni mmg abg betul-betul serius sebab dia mula kenalkan aku ngan famili dia dan abg betul-betul amik berat pasal aku lagi. Walaupun abg tunjukkan sangat cemburu dia setiap kali nampak aku sembang ngan org lain tapi aku suka..aku bangga gaks la ada org amik berat pasal aku, ahaks. Hubungan aku ngan abg rapat sangat tapi abg tak tau langsung pasal Zs.
Ntahlah, mulanya aku terima abg balik sebab aku ada niat nak balas balik apa yang abg buat kat aku sebab aku ni pendendam orangnya tapi lama-lama aku jadik tak sampai hati pulak. Hubungan kami mulanya ok, bak pun ok aje..siap hantar aku lagi kalau aku nak gi dating ngan abg tapi satu hari tu, tak de hujan tak de ribut, bak tsunami terus. Bak suruh aku putuskan hubungan ngan abg. Kesian abg masa tu..kiranya macam drama swasta bak marah abg. Macam-macam la maki hamun bak kat abg dan aku tak leh terima langsung..bak tak patut buat orang macam tu..abg pun ada harga diri. Aku merajuk sungguh ngan bak..walaupun bak pujuk aku balik (aku sedar malam tu bak masuk bilik aku, selimutkan aku) tapi aku betul-betul marah kat bak. Esoknya, aku pegi keje macam biasa dan aku tak balik-balik lagi rumah bak sampai aku dah kawin, dah ada anak-anak ni. Aku pegi umah abg, mintak maaf kat abg dan famili abg atas tindakan bak. Malam tu gaks, mak datang dari kg jemput aku kat umah abg. Mak bawak aku balik kg dan sejak tu hubungan kekeluargaan kami rapat gaks..mak abg selalu call mak aku.
Kat kg, aku cuba nak lupakan abg sebab aku takut abg berdendam ngan aku pasal tindakan bak marah dia. Aku sayangkan bak jugak. Kalau boleh, aku tanak buat bak makin marah kat aku. Kat kg, kebetulan masa tu Zs cuti..walaupun Zs dah balik ITM pun tapi dia tetap call aku setiap hari sampai satu hari tu masa Zs balik cuti lagi, aku sendiri mintak Zs 'pinang' aku dan Zs mintak aku tunggu dia, sekejab aje lagi. Itulah kelemahan Zs..dia tak mampu nak yakinkan aku kalau dia mmg cintakan aku sangat-sangat. Dia tak ada usaha nak kenalkan aku ngan famili dia macam abg..kalaupun famili Zs mmg kenal aku tapi maybe drg tau kami setakat 'cinta monyet' aje. Zs tak faham apa yang aku mintak..tapi aku perempuan, takkan nak mulakan selalu..kalau boleh masa tu aku nak kami bertunang..biar aku terikat terus ngan dia.
Satu hari tu masa kat kg, tanpa aku rancang dan duga..famili abg datang sedangkan malam tu aku janji nak kuar ngan Zs. Kesian Zs..aku terpaksa elakkan diri dari dia malam tu sebab nak jaga hati famili abg yang ada kat umah masa tu. Famili abg nak aku ngan abg bertunang dan terus kawin. Akupun macam tak de pilihan..abg sungguh-sungguh sangat. Selain abg, aku kena hormat famili abg yang baik sangat ngan aku sepanjang aku kawan ngan abg.. dah jodoh aku ngan abg....aku senyapkan diri dari Zs selama aku bertunang ngan abg. Aku tak sampai hati nak hubungi Zs balik sebab aku tau dia betul-betul kecewa bila aku tanak jawab call dari dia, aku mungkir janji aku nak kuar ngan dia....aku cuma kirimkan kad undangan perkahwinan aku jerk kat Zs tanpa aku tau dia makin terluka..(Zs kata dia dapat kad tu masa nak exam). Teruk, kan aku.
Walaupun aku dah kawin ngan abg, aku tak pernah cerita kat abg pasal Zs dalam hidup aku. Biarlah aku simpan perasaan aku ni dan abg pun tak pernah persoalkan kat mana CINTA aku (abg bukan jenis jiwang karat, hehehe). Sejak kawan sampai kawin, aku tak pernah cakap CINTA kat abg sebab bagi aku CINTA tu cuma satu dan hanya untuk Zs sejak aku mula-mula nampak Zs dulu, masa umur aku 13 tahun! Biarpun Zs tak pernah percaya tapi itulah hakikatnya sampai sekarang.
Mungkin sebab aku macam tak ikhlas ngan abg, perkahwinan kami banyak masalah. Ketika bermasalah itulah Zs nampak aku kat tempat keje dan mula hubungi aku semula. Permintaan Zs hanya untuk berkawan dan aku tak sampai hati nak hampakan dia lagi. Aku tak pernah bagitau masalah rumahtangga aku sebab aku malu kat Zs.. sampailah satu hari, masalah yang aku pendam tak dapat aku bendung lagi..semua terluah kat Zs dan sejak tu Zs amik berat sangat-sangat..walaupun Zs tak mahu jadik org ketiga dan selalu nasihatkan aku untuk kebaikan hubungan aku ngan abg tapi hati aku dah tawar kat abg. Kali ni aku terus terang kat abg siapa Zs dalam hidup aku. Abg jadik tak tentu arah bila tau ada orang lain yang lebih cintakan aku dari dia. Abg mula berubah, mula ingat semula tanggungjawab dia, mula menyesal dan sedar yang abg dah abaikan aku dan anak-anak.
Ntahlah...jodoh aku ngan abg mmg panjang. Kami juga dikurniakan anak-anak sebagai pelengkap rumahtangga kami. Banyak hati yang perlu dijaga...begitu juga Zs yang dah bertunang masa tu. Aku tak de niat nak tipu Zs walaupun itu yang Zs sering tuduh aku sampai sekarang..aku tak salahkan Zs..maybe dia dah serik sangat ngan aku yang selalu datang dan pergi dalam hidup dia. Akupun tanak rendahkan Zs..takkan seorang engineer bujang yang da bomb, ramai peminat, ada tunang yang muda nak kawin ngan janda anak tiga pulak, kan..kalaupun Zs mmg nak tapi hati famili dia jugak perlu diambil kira.
Sekarang ni, aku masih ngan abg yang semakin berubah, lebih bertanggungjawab dan penyayang. Aku akan cuba bahagiakan rumahtangga kami demi anak-anak. Perasaan aku dah tak penting lagi..cukuplah kalau abg dapat bahagiakan aku setiap hari, jangan sakiti hati aku dan bebankan aku ngan masalah yang berat-berat lagi sebab aku dah tak mampu, dah penat nak hadapi tu semua. Zs pun dah kawin..dah makin jauh dari aku. Aku tak salahkan Zs kalau aku dah tak wujud dalam hati dia tapi aku tak dapat buang dia dari hati aku ni. Aku tau semua ni salah tapi setelah apa yang terjadi, aku berhak ada cara aku sendiri untuk buat hati aku tenang dan bahagia.
Hmmm...panjang sungguh citer aku ni ekk..susah aku nak citer habis-habis pengalaman aku ni. Ini pun berdasarkan apa yang aku ingat..kalau aku lupa atau tertinggal sikit-sikit tu, kira halal la ekk..dari pagi tau aku taip ni sambil-sambil wat keje, hehehee..
PAST is PAST..
entri pada : 5:29 PM